Selamat Datang ke Portal Rasmi SK Pulau Indah sesi 2026
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH.
SALAM SEJAHTERA, SALAM MALAYSIA MADANI, SALAM KARAMAH INSANIAH,
SALAM PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR SENTIASA BERKUALITI DAN TERUS UNGGUL,
SALAM KLANG CEMERLANG, KLANG TERBILANG.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberi kekuatan dan peluang untuk memikul amanah sebagai pendidik pada sesi akademik baharu ini.
Saya yakin dan percaya bahawa SK Pulau Indah mampu menyediakan landskap pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna dalam usaha membentuk modal insan yang berkualiti selari dengan usaha untuk merealisasikan 'karamah insaniah' melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti bagi melahirkan generasi yang berakhlak dan pintar dalam kalangan murid. Akhirnya, hasrat untuk melihat murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera pasti mejadi realiti.
“Selamat Bertugas Dengan Penuh Komitmen, Ikhlas Dan Dedikasi”
“Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul”
WAN SALIZA BINTI WAN SALLEH
GURU BESAR SK PULAU INDAH