Selamat Datang ke e-Pengurusan SK Pulau Indah (2) Tahun 2026
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah kasih sayangnya kerana SK Pulau Indah 2 telah berjaya berada di tahun ke–11 sebagai Sekolah Amanah Malaysia. Lebih manis lagi, pada tahun 2021 SK Pulau Indah 2 telah berjaya menamatkan Tamat Tempoh Matang Intervensi Program. Banyak ilmu, pengetahuan dan pengalaman berharga yang dilalui sepanjang tahun 2024. Oleh itu, pada tahun 2025 ini, marilah kita bersama-sama bertekad untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang lalu kerana sekolah akan berdiri sendiri dalam segala aspek pengurusan dan pembelajaran.
Diharapkan pada tahun 2025 ini, pentadbiran sekolah akan dapat meningkatkan tahap pengurusan dan kepimpinan melalui Performance Target System (PMS) dan juga Trust School Improvement Plan (TSIP) yang telah dirancang. Semoga segala perancangan dan matlamat yang telah dirangka dapat mencapai tahap yang membanggakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merealisasikan Pelan Pembangunan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 seiring dengan perjalanan Sekolah Amanah Malaysia.
Pembangunan sumber manusia yang berkesan akan dapat menghasilkan cara kerja efektif dan optimum seterusnya menghasilkan impak yang berkualiti tinggi bukan sahaja kepada pihak sekolah tetapi juga kepada murid dalam semua aspek. Pengurusan kerja yang berkualiti akan dapat melahirkan murid yang seimbang bukan sahaja daripada aspek akademik, bersama sama sahsiah dan kokurikulum. Potensi yang ada pada murid perlu dicungkil dan digilap agar seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Saya juga berharap pada tahun ini, lebih banyak lagi kerjasama di antara pihak sekolah dengan komuniti setempat dapat dilaksanakan dalam mengorak langkah membangunkan potensi anak anak SKPI 2.
Akhir kata, semoga apa yang dirancang ini akan mendapat memberi manfaat kepada semua pihak dan memberi impak yang terbaik kepada murid – murid, sekolah, ibu bapa dan masyarakat sekitarnya.
FARIDZUL AZWAN BIN MOHD KAMARUDIN
Guru Besar
SK Pulau Indah 2
(Sekolah Amanah Malaysia)