Selamat Datang ke e-Pengurusan SK Pulau Indah (2) Tahun 2026
Sejarah Sekolah
Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2, mula beroperasi pada 3 Januari 2004. Terletak kira-kira 25 kilometer dari Bandar Klang dan lebih kurang 10 kilometer dari pekan Pelabuhan Klang. Keluasan sekolah ialah 8.8 ekar (3.56 hektar). Pada tahun pertama operasinya jumlah murid seramai 125 orang dengan 12 orang guru termasuk 3 orang pentadbir. Hanya terdapat 5 buah kelas iaitu tahun 1 hingga tahun 5.
Pada tahun 2005 adalah tahun pertama UPSR diadakan dengan calonnya seramai 12 orang. Kawasan ini merupakan penempatan baru kepada pemutihan setinggan dari kawasan Pelabuhan Klang. Hampir keseluruhan murid sekolah ini datangnya dari kawasan sekitar sahaja dan kebanyakan penduduknya bekerja sebagai buruh di West Port. Pelabuhan Klang. Lokasi sekolah ini agak menarik kerana berhampiran dengan Terminal Star Cruise.
Rekabentuk sekolah agak unik dengan 3 blok 4 tingkat berbentuk U. Jumlah kelas yang ada sebanyak 22 bilik serta dilengkapi dengan 2 buah dewan . Pejabat terletak ditingkat 2 blok B, bilik guru di tingkat 2 blok C dan Pusat Sumber sekolah ditingkat 3 blok A. Mempunyai prasarana sekolah yang lengkap dengan kemudahan api dan air serta semua bilik-bilik khas (pejabat, bilik guru, bilik mesyuarat dan PSS) dilengkapi dengan pendingin hawa.
Pada tahun 2008 kelas Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran) telah dibuka dengan murid seramai 7 orang dan 2 orang guru serta seorang pembantu pengurusan murid. Tahun 2008 juga sekolah telah membuka sebuah kelas prasekolah dengan murid seramai 25 orang dan seorang guru pra serta seorang PPM.
Pada tahun 2014 SKPI2 telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menjadi Sekolah Amanah Malaysia. Tahun 2021 pula , warga sekolah ini telah mencecah seramai 680 orang murid dengan 45 orang guru dan 9 orang Anggota Kumpulun Pelaksana. Kini, Kelas Pendidikan Khas Integrasi adalah 4 buah kelas dan Prasekolah adalah sebanyak 3 buah kelas. Penduduk Bandar Armada Putra, Pulau Indah adalah terdiri daripada pelbagai latarbelakang yang terdiri daipada penjawat awam, TLDM, Polis Marin, APMM dan pekerja swasta.
Profil Sekolah
Kod Sekolah : BBA0042
Tarikh Tubuh : 01 Januari 2004
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2
Gred Sekolah : B
Sidang : Pagi sahaja
Lokasi : Luar Bandar
Jenis Sekolah : Sekolah Kebangsaan
Model : Sekolah Biasa – Program Sekolah Amanah (2014) & Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI)
Jenis Bantuan :Sekolah Kerajaan
Peringkat Sekolah : Prasekolah dan Rendah
Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu
Jenis Murid : Campuran Lelaki & Perempuan
Bil. Bilik Darjah : 30 bilik
Bilangan Murid : 734 orang (seperti pada 17.03.2023)
Nama Majlis Bandaran/ : Majlis Pembandaran Klang
Kerajaan Tempatan
Daerah Pentadbiran : Klang
Kawasan Parlimen : Klang
Dewan Undangan Negeri : Pelabuhan Klang
Alamat Sekolah : Jalan Sungai Chandong 6, Bandar Armada Putra, 42920 Pelabuhan Klang, Selangor
No Telefon : 0331014070
No Faks : 0331014070
Laman Web : https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/skpulauindah2
Facebook : https://ms-my.facebook.com/skpulauindah2/
Emel : bba0042@moe.edu.my