NILAM ialah satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menggalakkan pelajar di seluruh Malaysia menanam minat membaca. NILAM ialah kata ringkas untuk Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program ini bermula sejak tahun 1999.


Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) - satu program yang menggabungkan semua aktiviti galakan membaca yang diadakan di sekolah dengan memberi pengiktirafan. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun bagi murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 dan markah dikumpul secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.