AKTIVITI DELIMa 2023/2024

Majlis Bacaan Yasin secara dalam talian Google meet

KHAMIS |07032024 - Majlis bacaan yasin  & Tazkirah Ihya' Ramadhan 1445 H

Majlis ini telah diketuai oleh Ustaz Khidhir bin Ngah yang diadakan secara dalam talian. Bacaan yasin ini mendapat kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa & guru (PIBG) dan seluruh Kulawarga SKPP8(1). Ianya dianjurkan sempena  pembukaan sekolah tahun 2024 dan menyambut bulan Ramadhan 1445H. Bacaan yasin bermula dari pukul 8.00 malam dan berakhir pada pukul 8.45 malam. Majlis juga diselitkan dengan tazkirah ihya' ramadhan dimana bulan ramadhan akan disambut pada hari kedua persekolah. Semoga seluruh warga SKPP8(1) memdapat manfaat dan berkat. Amin. 


iOS IDEATION CHALLENGE 2023

ISNIN | 29012024 - iOS IDEATION CHALLENGE 2023

Tahniah diucapkan kepada peserta dari SKPP8(1) yang menjadi johan peringkat kebangsaan. Semoga ianya memberi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.

Guru pembimbing :

1) Cikgu Hanif


Peserta terbabit ialah :

1) Parsa Parhizkar (4 Jupiter)

2) Dayang Suha Marissa Binti Abang Yusuf (5 Jupiter)

3) Auni Safiyyah binti Mohd Azimin (6 Neptune)

LAWATAN PENANDA ARAS SK SEMBULAN, KOTA KINABALU SABAH 


JUMAAT | 26012024 - LAWATAN PENANDA ARAS SK SEMBULAN, KOTA KINABALU SABAH 2024

Selamat datang diucapkan kepada 32 orang guru dan pentadbir SK Sembulan Sabah yang telah membuat lawatan penanda aras ke SK Putrajaya Presint 8(1). Dalam rangka lawatan ini, mereka menyasarkan untuk memfokuskan ke arah pendidikan digital iaitu Aspirasi Permainan Minecraft Education Edition Challenge (MEE) yang terdapat dalam platform DELIMa 2.0 KPM. Pada tahun 2023 SKPP8(1) telah berjaya merangkul 2 anugerah dalam pertandingan tersebut iaitu adik Rohan Parhizkar (Johan MEE tahap 1) bagi kategori sekolah rendah dan adik Parsa Parhizkar (Ketiga MEE Tahap 2) bagi kategori sekolah rendah.


Rombongan ini telah dibawa ke beberapa bilik khas seperti Perpustakaan adiwangan, Bilik Twinkle 81 TV, Bilik digital hub, Makmal komputer dan bilik cinema SKPP8(1). 


-ASPIRASI MINECRAFT-

*LAWATAN PENANDA ARAS SK SEMBULAN*

_Selamat datang SK SEMBULAN_

LAMAN RASMI

https://sites.google.com/moe-dl.../lawatanpenandaaras/home

BROSUR

https://bit.ly/BROSURSKSEMBULAN

PAUTAN GAMBAR

https://photos.app.goo.gl/Dmf62JXeLCBsGYVF6

FB SKPP8(1)

https://www.facebook.com/photo/?fbid=1055220152184551&set=pcb.1055221362184430

GOOGLE CERTIFICATE EDUCATOR L1 & L2


Tahniah kepada guru-guru SKPP8(1), yang telah BERJAYA dan  lulus GOOGLE CERTIFIED LEVEL 1 dan 2 .

Terima kasih SSTP Putrajaya atas baucer  dan mentor, Cikgu Nur Iylia (GOOGLE CERTIFIED TRAINER)  yang bersama- sama membimbing guru-guru untuk memperoleh sijil ini.

TAHNIAH KULAWARGA 8(1)


LAWATAN PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) DELIMA


ISNIN | 22012024 - PLC SMARTBOARD TV PdP DELIMa 2.0 2024

PLC ini telah dihadiri oleh CIkgu Mohd Farhan, CIkgu Samuel, cikgu Siti Hafizah dan CIkgu Najihah. Terima kasih kepada En Emkay dari JPWP Putrajaya kerana sudi memberi tunjuk ajar berkaitan penggunaan smartboard TV kepada wakil unit ICT, guru DELIMa & pusat Sumber Adiwangsa SKPP8(1). Lawatan singkat ini bermula pada pukul 2.00 ptg dan berakhir pada pukul 3.45 ptg di Parcel E, JPWP Putrajaya. Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bagi PdP disekolah dan penggunaan platform DELIMa 2.0 kepada semua murid SKPP8(1) kelak. Amin.


LAWATAN ROMBONGAN DELIGASI TIMBALAN PERDANA MENTERI KYRGYZ KE SKPP8(1) 

ISNIN | 16012024 - LAWATAN ROMBONGAN DELIGASI TIMBALAN MENTERI REPUBLIK KYRGYZ KE SKPP8(1)

Pada minggu ini, SKPP8(1) sangat bertuah apabila menerima kunjungan delegasi dari Republik Kyrgyz seramai 6 orang yang diketuai oleh H.E Mr. Edil Baisalov, Deputy Prime Minister of the Kyrgyz Republic,  Mrs Samykbseva Lira Amanbayevna, Deputy Minister of Education and Science of the Kyrgyz Republic,  Mr. Burzhuwev Azamat, Head of Digital Development, Department of Administration of the Kyrgyz Republic, Mr.Omurdekov Mederbek, Chief Expert of the Department of Industry Policy of the Administration of President of the Kyrgyz Republic, Mr Toktobolot Zhumaliev, Charge of Affaires of Kyrgyz Republic to Malaysia dan Mr. Zhaliev Azirat, Assistant to the Kyrgyz Delegation.

Turut serta dalam kunjungan ini ialah 8 orang pegawai JPWPP yang diketuai oleh Tuan Pengarah, 7 orang pegawai BSTP, KPM dan 3 orang pegawai dari BPSH, KPM. Tujuan kunjungan adalah untuk mengetahui Dual Language Programme (DLP) yang dilaksanakan di SKPP8.1 dan juga pengaplikasian pembelajaran digital oleh guru dan murid.

Tujuan utama lawatan diadakan adalah bagi mempelajari pelaksanaan pembelajaran digital DUal Language Programme (DLP) di Putrajaya khususnya dan Malaysia secara umumnya. Selain itu, rombongan ini juga diberi penerangan berkaitan penggunaan aplikasi platform  DELIMa 2.0 KPM dalam mengoptimumkan PdP murid di Malaysia terutama ketika PdP atas talian dan seccara online.

Walaupun berita kunjungan ini diterima pada petang Rabu minggu lepas, alhamdulillah dengan kerjasama dan kesepaduan KULAWARGA 8.1 (pentadbir, guru, AKP dan murid), apa yang dirancang berjalan lancar hari ini...alhamdulillah. Sekalung penghargaan kepada semua guru dan AKP yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung..KULAWARGA 8.1 ALWAYS AWESOME!!


#skpp81

#dlp

#digitallearning

#minecraft

#robotic

#MDEC

KREDIT PICTURE:

cikgu nazreen, cikgu liya amalina

https://photos.app.goo.gl/wecAvM7Gxs5Ww3k6A



BENGKEL CANVA DELIMa 2.0 SKPP8(1) 

SABTU | 06012024 - BENGKEL CANVA DELIMa by cikgu nazreen

Pada minggu ini satu bengkel ringkas berkaitan asas penggunaan aplikasi CANVA telah dianjurkan di Hotel Esplanade, Klang. Bengkel ini telah disampaikan oleh CIkgu Nazren kepada Jawatankuasa Pengurusan SKPP8(1). Aplikasi ini diperlukan oleh guru dan kakitangan sokongan dalam membuat rekaan design bahan infografik yang terdapat buku PRAKARSA 2024. Diharapkan, pendedahan dan bengkel  ini dapat memberi manfaat kepada semua pada akan datang.


HARI        : Sabtu

TARIKH    : 6 Januari 2024

TEMPAT  : Hotel Esplanade, Klang

LINK :

https://photos.app.goo.gl/ashqEbsazVC4qfKEA

KREDIT PIC :

cikgu farhan & nazreen