AKTIVITI SEKOLAH 

CERAMAH NUZUL QURAN 1445H TAHUN 2024

KHAMIS | 28032024 - CERAMAH NUZUL QURAN 1445H TAHUN 2024

telah dianjurkan oleh unit Pendidikan Islam SKPP8(1) yang dijalankan secara dalam talian @DELIMa 2.0 melalui pautan : 

google meet : https://meet.google.com/hdc-kxsa-hah 

Majlis ini bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 11.45 pagi. Ceramah telah dipengerusikan oleh Ustaz Khidhir bin Ngah dan  ceramah disampaikan oleh Imam Muda Hafiz. Ceramah ini telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab serta  Surau  Al-Imtiyaz SKPP8(1). Semoga melalui ceramah dan nasihat-nasihat yang dikongsikan, dapat menjadi ikhtibar kepada seluruh Kulawarga SKPP8(1). Sekian. 


Ceramah ulangan boleh dilihat pada pautan youtube :

https://youtube.com/live/bdO64Mxj_QA?feature=share




MAJLIS IHYA RAMADHAN 1445H TAHUN 2024

JUMAAT | 15032024 - MAJLIS IHYA RAMADHAN 1445H TAHUN 2024

Perasmian majlis ihya ramadhan ini dirasmikan oleh Ustaz Marzuki dari JPWPP. Sepanjang bulan ramadhan terdapat pertandingan-pertandingan yang menarik dianjurkan seperti :

Tahun 1 - Pertandingan mewarna

Tahun 2 - Pertandingan bercerita

Tahun 3 - pertandingan hafadzan

Tahun 4 - Pertandingan mencari kata

Tahun 5 - Pertandingan silang kata

Tahun 6 - Pertandingan kuiz


MAJLIS SANJUNG BUDI LAMBAIAN KASIH


SELASA | 30082022 

Cikgu Haslinah Binti Dato Hamzah (1.1.1991-31.08.2022)

Cikgu Mohamad jamili binti Ab Wahab (1.1.1991-31.08.2022)


Majlis ini diadakan sempena persaraan dua orang tokoh guru yang amat disayangi oleh murid-murid dan disenangi oleh rakan-rakan guru. Acara dimulakan seawal pukul 9.00 pagi bagi persediaan pengurusan murid dan persediaan tempat. Semoga majlis ini memberi 1001 kenangan kepada rakan guru kami di SKPP8(1). Selamat bersara cikgu. Terima kasih atas segala ilmu yang telah disampaikan kepada anak didik SKPP8(1). Pada sebelah malamnya, jamuan makan malam diadakan bagi meraikan cikgu Haslinah dan cikgu Jamili oleh rakan-rakan guru di dataran integrasi SKPP8(1).


GOTONG-ROYONG PERDANA “KERANAMU ANAKANDAKU” 2022.

SABTU | 27082022

Majlis gotong-royong yang berlangsung di perkarangan SKPP8(1) dan sekitarnya telah dianjurkan pda hari minggu yang lalu. Program ini mendapat sambutan yng amat menggalakkan dari pihak ibu bapa dan guru. Disamping membersihkan kawasan sekolah, ibu bapa, guru dan murid dapat mengeratkan silaturrahim dan semangat kerjasama. Terima kasih kepada cikgu Farizal yang menjadi ‘floor manager” dan ajk PIBG sepanjang program ini berlangsung.

Terima kasih semua

credit picture : cikgu liya,



MAJLIS TRANSFORMAS PENDIDIKAN                                                                              "DELIMa AGENDA DIGITAL  KITA 2022"

ISNIN | 22082022

Program ini telah berlangsung di Dewan SMK Putrajaya Presint 8(1) dan dirasmikan oleh Datuk Dr Razi Jidin Menteri Kanan Pendidikan. Selain majlis pelancaran terdapat pelbagai booth-booth pameran seperti Microsoft, Google, Bahagian Sumber & Teknilogi Pendidikan (BSTP), Digi, Maxis, Shell, Cyber security Malaysia, Malaysia Digital Economy Copiration (MDEC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Sunago Education, UTeM Holding dan Apple Professional Learning Specialist. Pelbagai aktiviti yang dianjurkan sepanjang majlis ini berlangsung.

Tahniah diucapkan kepada barisan Krew Twinkle 81 TV dibawah seliaan Cikgu Nazreen dan guru-guru penasihat yang bertungkus lumus bagi menyediakan booth Twinkle 81 TV yang mewakili SKPP8(1). Terima kasih juga kepada BSTP JPWPPutrajaya kerana memberi kepercayaan dan dorongan untuk anak-anak didik SKPP8(1) untuk terus menimba ilmu yang bermakna.

Pengawas Bridget Bestari SKPP8(1) juga tidak ketinggalan untuk menimba pelbagai ilmu pengetahuan berkaitan Aplikasi DELIMa dan penggunaan gadget yang digunakan dalam pengajaran & pembelajaran secara digital. Semoga ianya memberi manfaat untuk semua.




BENGKEL ASAS VIDEOGRAFI 


KHAMIS | 14072022 - BENGKEL ASAS FOTOGRAFI by cikgu nazreen

Bengkel ini telah diadakan secara santai di Bilik Studio Twinkle 81 TV. Seramai 24 orang guru mengertai bengkel ini yang diadakan pada pukul 2 hingga 4 petang. Proses pengeditan menggunakan Software Filmora wondershare. Moga ianya bermanfaat pada semua.