Maklum Balas/ Komen
Tujuan utama NILAM dijalankan adalah untuk melestarikan budaya membaca sepanjang hayat dalam kalangan murid-murid selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025). "Bangsa membaca, bangsa berjaya!"
Berikut merupakan cadangan pelaksanaan NILAM gaya 'Ben 10' dan gaya 'Doraemon'. Sekiranya, murid boleh berdikari semasa melaksanakan NILAM, murid boleh pilih gaya Ben 10. Manakala, sekiranya murid perlu bimbingan guru, murid boleh pilih gaya Doraemon.
Murid pilih bahan bacaan yang sesuai sama ada bahan digital, bahan bukan buku atau buku (fiksyen atau bukan fiksyen).
Murid baca bahan bacaan secara berisyarat. Sekiranya murid tidak tahu kod isyarat perkataan, maka murid hanya perlu eja perkataan (huruf demi huruf/isyarat suku kata).
Murid buat aktiviti pengayaan selepas bacaan. Contoh:
Cari kod isyarat perkataan dalam kamus berdasarkan perkataan-perkataan dalam buku yang dibaca.
Buat kuiz atau perbincangan dengan guru/rakan berkaitan isi kandungan buku yang dibaca.
Murid rekod bahan bacaan melalui AINS di pautan https://ains.moe.gov.my/ .
Data sokongan guru dalam penilaian "Murid Terbaik NILAM" untuk diberikan hadiah sebagai motivasi dan penghargaan.
Pencapaian murid dalam NILAM dapat membantu markah PAJSK mereka yang akan digunakan untuk kemasukan ke sekolah menengah.
Untuk memudahkan pihak sekolah terutama guru kelas/GPM/NILAM untuk memantau perekodan bahan bacaan murid.
Rujukan dan semakan KPM, JPN, PPD dan guru tentang rekod bacaan murid melalui pengisian maklumat bacaan NILAM.
Apakah ciri-ciri "Murid Terbaik NILAM"?
Murid yang rajin membaca berdasarkan:
Pemerhatian sikap (tingkah laku) oleh guru. Contohnya, murid menunjukkan semangat, kerajinan dan ekspresi muka yang suka terhadap aktiviti membaca.
Rekod bacaan NILAM murid.
Pengisian rekod bacaan NILAM mengambil kira "kualiti" pembacaan dan bukannya sekadar "kuantiti" pembacaan. Maksudnya, murid menunjukkan kepelbagaian dalam pemilihan bahan bacaan dan melakukan aktiviti pengayaan selepas membaca sesuatu buku.
Siapakah guru yang terlibat dalam pelaksanaan NILAM?
Pelaksanaan NILAM dilaksanakan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan English. Walau bagaimanapun, guru-guru lain juga sebenarnya boleh melaksanakan NILAM mengikut mata pelajaran masing-masing. Contoh, guru Sains boleh membawa murid-muridnya membaca bahan bacaan berkaitan Sains kemudian merekodnya dalam AINS murid. Ibu bapa digalakkan untuk membimbing murid semasa pelaksanaan NILAM di rumah.
Bilakah NILAM dilaksanakan di Sekolah Pendidikan Khas Kota Kinabalu?
Guru pembimbing NILAM perlu mengikut jadual NILAM yang telah dikeluarkan. Cadangan masa pelaksanaan adalah antara 30 minit hingga 1 jam seminggu.
Data NILAM menggunakan sistem dahulu.