Sebuah koleksi buku cerita digital yang memaparkan cerita-cerita “bukan fantasi” iaitu berkonsepkan cerita yang hidup dan bermakna yakni dapat mencerminkan identiti murid dan guru di SK Pendidikan Khas Kota Kinabalu melalui foto-foto dan jalan penceritaan sebenar. Buku-buku ini dibina hasil dedikasi dan kerjasama semua murid, guru dan ibu bapa untuk manfaat pendidikan semua.