TS25
Pengenalan
SK Pekan Semporna II telah terpilih dalam Program Transformasi Sekolah 2025 bermula pada tahun ....
Program TS25 meripakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadia murid & sekolah.
Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selati dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :
Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
Kepimpinan yang berkualiti/ berwawasan
Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
Komitmen komuniti yang padu
Objektif
Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik
Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan
Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid
Matlamat Program TS25
Memantapkan kepimpinan sekolah
Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran
Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid
Konsep Program TS25
Konsep Program TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui:
Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan;
Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna;
Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan;
Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi; dan
Komitmen komuniti yang padu.