Profil Sekolah

VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI SEKOLAH

Melestarikan Sistem PENDIDIKAN YANG BERKUALITI untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara


LOKASI SEKOLAH

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Pertambahan penduduk disekitar Pekan Semporna yang kian bertambah dari tahun ke tahun telah meningkatkan pertambahan bilangan anak-anak watan di daerah Semporna. Akibat dari pertambahan tersebut telah membuka era baru ke arah pertumbuhan sekolah-sekolah baru untuk menampung keperluan pendidikan yang terus berkembang pesat khususnya di daerah Semporna.

Di atas kesedaran ini, Pejabat Pendidikan Daerah Semporna telah merangka dan menyusun perancangan sekolah-sekolah rendah untuk ditubuhkan bagi membantu dan mengatasi masaah kepadatan bilangan murid-murid yang sedia ada bersekolah di SK Pekan Semporna dan juga sekitarnya. Pada peringkat awalnya masyarakat Kg.Perigi, Kg.Sri Jaya beserta Jawatankuasa telah merayu agar ditubuhkan sebuah sekolah baru yang dikenali sebagai SK Pekan Semporna II.

Keprihatinan serta komitmen Jabatan Pendidikan Sabah serta sokongan padu YAB Tan Sri Datuk Haji Sakaran Bin Dandai ketika itu menjawat Jawatan Menteri Tanah dan Koperasi telah menyokong penuh penubuhan SK Pekan Semporna II. Ini ditambah pula sokongan yang lebih mantap oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu YAB Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim.

PENUBUHAN SK PEKAN SEMPORNA II

Pada tarikh 09hb. Januari 1994 bersamaan 27 Rejab 1414H bermulalah majlis perletakkan batu asas SK Pekan Semprona II oleh YAB Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Kewangan Malaysia.

SK Pekan Semporna II terletak di tapak seluas 14.36 ekar dan merupakan projek baru dalam rancangan Malaysia ke-6, mengandungi 3 blok bangunan 3 tingkat memberi kemudahan 24 bilik darjah dan dapat menampung seramai 1600 orang murid, 1 blok kantin, 2 blok bangunan 3 tingkat rumah guru kelas F dan kemudahan-kemudahan lain seperti surau, Pusat Sumber, Bilik Audio Visual, Bilik Kokurikulum, Bilik Disiplin, Bilik Peperiksaan, Unit Perkembangan Staf, Bilik Gerakan, Mini Dewan, Bilik Guru, Stor SPBT, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Sains, Bilik Muzik, Stor Utama, Pejabat Pentadbiran, Bilik Pengawas serta Gelanggang Permainan dan Padang Permainan.

REKA BENTUK

Reka bentuk bangunan baru dan susun atur berdasarkan cirri-ciri kurikulum bersepadu sekolah-sekolah rendah yang lebih moden sesuai dengan kepesatan dan perkembangan pendidikan di Malaysia amnya. Dengan anggaran kos sebanyak RM 4.9 juta. Infrastruktur SK. Pekan Semporna Dua yang terletak berhampiran dengan SK. Simunul, SK. Pekan Semporna, SRJK( C) Nyuk Hwa serta dikelilingi kampung-kampung seperti Kampung Simunul, Kampung Perigi, Kampung Sri Jaya, Kampung Sri Sapi, Kampung Taman Muhibbah dan Kampung Pinggir Bakau yang member peluang dan kemudahan kepada kanak-kanak kampung tersebut belajar di sekolah ini.

PENGAPLIKASIAN SEKOLAH

SK Pekan Semporna II beroperasi buat pertama kalinya pada 13 Januari 1997 dibawah pengurusan pentadbiran En. Pairin Bin Intang selaku Ketua Guru serta dibantu oleh 10 orang guru. Murid-murid yang ditempatkan di SK Pekan Semporna II adalah agihan dari SK.Pekan Semporna. Pada masa itu, murid-murid yang belajar disekolah ini hanya murid tahun satu sahaja dengan jumlah murid seramai 200 orang yang melibatkan 6 buah kelas.

Pertambahan murid-murid berlaku secara mendadak pada bulan Februari 1997, dimana murid-murid tahun 2,3,4, dan 5 telah ditempatkan dan didaftarkan dari SK.Pekan Semporna untuk memulakan sesi persekolahan di SK Pekan Semporna II. Jumlah murid keseluruhannya pada ketika itu ialah seramai 608 orang murid yang melibatkan 18 buah kelas.Beberapa program spontan telah dilaksanakan sepanjang bulan Januari hingga Februari 1997 iaitu :

a. Gotong Royong dengan pihak ibubapa.

b. Lawatan ringkas oleh TYT negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai beserta rombongan.

Beberapa bulan kemudian iaitu pada bulan Mac 1997, seorang Guru Besar bersama-sama Penolong-Penolong Kanan telah ditempatkan bertugas secara rasminya bagi mentadbir dan menerajui sekolah ini.Pada pertengahan bulan Jun 1998, Encik Yussof bin Hj.Gujong (BSK) telah ditukarkan ke SK Pekan Semporna II menggantikan Guru Besar yang lama. Seterusnya pada tahun 2002, Encik Abdul Murib bin Omar Ali telah ditukarkan ke SK Pekan Semporna II dan berkhidmat hingga tahun 2007 dan seterusnya ditadbir oleh Tuan Hj.Mohd Shah bin Hj Hassan hingga bersara wajib pada oktober 2016. Kemudian pada oktober 2016 Encik Abdul Hasad Bin Madisa ditukarkan dari SK Tongkalloh ke SK Pekan Semporna II menggantikan Tuan Hj Mohd Shah bin Hj Hassan sehingga sekarang.

Pertambahan dan kepesatan penduduk masa kini telah membawa perubahan yang besar terhadap perkembangan pendidikan di daerah Semporna sehingga ke hari ini.

LAGU SEKOLAH

Lirik Lagu Sekolah “Berilmu dan berkhidmat”

Mekar segar bersama usia

Budimu menerangi merata-rata

Dikaulah pencipta pengubah kerjaya

SK Pekan Semporna II

Mendidik memimpin

Doa restu ku iringi

Jasamu penuh teladan pedoman

Bersemadi sepenjang zaman

SK Pekan Semporna II

Membentuk watan yang berwawasan

Bersatu teguh berkerjasama

Berilmu dan berkhidmat

Lagu dan lirik digubah dan disusun oleh: En Ismail Bin Hj Abd Kadir

PELAN KEDUDUKAN BANGUNAN SEKOLAH

BANGUNAN SEKOLAH

LOGO DAN BENDERA SEKOLAH

LOGO SEKOLAH

(klik icon)

BENDERA SEKOLAH

(klik icon)