Guru: Ustaz Mohd Hanif bin Hj. Abdullah
Murid akan diberikan satu resepi masakan di dalam tulisan rumi dan jawi pada setiap hari selama 5 hari. Murid dikehendaki menulis resepi tersebut (kedua-dua tulisan rumi dan jawi) di dalam kertas/kad manila/buku skrap atau apa-apa sahaja mengikut kreativiti masing-masing.
Guru: Ustazah Nur Atikah binti Mohd Idris
Tajuk: Buku Skrap Padanan Huruf Jawi-Rumi
Murid-murid dikehendaki menghasilkan sebuah Buku Skrap Padanan Huruf Jawi-Rumi. Objektif adalah untuk membantu murid untuk lebih mengenali huruf jawi dengan cara yang mudah. Pada masa yang sama murid boleh menggunakan buku skrap ini sebagai panduan untuk membina ayat dan perkataan di dalam tulisan jawi.
Guru: Ustazah Nor Syazwani binti Sujak
Murid dikehendaki melaksanakan Kad 3D berkenaan tajuk "Khutbah Terakhir Rasulullah". Kad tersebut mestilah mempunyai dua tulisan iaitu jawi dan rumi. Hal ini adalah bertujuan melatih murid untuk lebih menguasai tulisan jawi dalam masa yang sama memahami isi khutbah terakhir yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W.
Guru: Ustazah Nur Suriani binti Mutamam
Murid dikehendaki untuk membuat kalendar bulan November. Objektif adalah untuk melatih murid mengingati hari dan nombor dari 1 sehingga 30 dalam bahasa arab.
Guru: Cikgu Jamilah binti Jamaluddin
Murid dapat menjelaskan kepentingan aktiviti kira-kira dalam kehidupan harian terutamanya melibatkan tambah dan tolak wang. Murid dapat melakukan operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 100 tanpa melakukan sebarang kesilapan.
Guru: Jamilah binti Jamaluddin
Murid menghasilkan Poster Berkata Tidak Kepada Rokok. Murid dapat mengaplikasikan kemahiran berkata TIDAK kepada pelawaan merokok.
Guru: Teacher Ida Suzilawate binti Ibrahim
Tajuk: Bekas Alat Tulis Pelbagai Guna
Objektif: Murid dapat membina objek atau struktur menggunakan bentuk asas dan bongkah mengikut kreativiti masing-masing.
Guru: Mdm. Chiam Shu Mei
Murid-murid diarahkan untuk membina sebuah layang-layang (kite) yang mana arahan yang diberikan adalah di dalam bahasa inggeris.
Guru: Cikgu Jamilah binti Jamaluddin
Tajuk: Keluarga Saya
Murid dapat mengetahui ahli-ahli yang terdapat dalam rumah dan peranan mereka masing-masing.
Guru: Ustazah Rashidah binti Abdul Hamid
Murid dapat membaca, menghafaz dan memperdengarkan bacaan wajib dalam solat dengan sempurna, seterusnya mengaplikasikan bacaan tersebut dalam kehidupan seharian.
Guru: Hajjah Jumarijah binti Hj. Mad Purang
Murid dikehendaki untuk menghasilkan model kereta mainan daripada barangan terbuang mengikut kreativiti masing-masing.
Guru: Cikgu Nursi binti Sakilan (2A & 2C)
Tajuk: Buku Skrap Simpulan Bahasa
Pada akhir penghasilan projek ini, murid dapat menjelaskan maksud simpulan bahasa untuk memudahkan murid bercerita mengikut kreativiti masing-masing.
Guru: Cikgu Nursi binti Sakilan (2A & 2C)
Tajuk: Himpunan Penjodoh Bilangan
Murid diarahkan untuk menghasilkan sebuah model pembelajaran yang bertajuk himpunan penjodoh bilangan mengikut kreativiti masing-masing.
Guru: Ustazah Iffah Rufaida binti Shafwan
Tajuk: Carta Bergambar Teknologi Kini
Murid-murid menghasilkan carta bergambar teknologi kini beserta perkataan dalam bahasa arab dan bahasa melayu mengikut kreativiti masing-masing.
Guru: Ustazah Iffah Rufaida binti Shafwan
Tajuk: Membuat Bakul Kertas Comel
Murid menghasilkan sebuah bakul kertas comel menggunakan corak terancang sebagai hiasan mengikut kreativiti masing-masing.
Guru: Cikgu Binsil bin Ahmad
Guru: Teacher Hasnah binti Sultan
Guru: Cikgu Mazlan bin Kawasa
Guru: Cikgu Alina binti Gulison
Guru: Cikgu Halimah binti Hanani
Guru: Ustazah Noor Hasnah binti Janudin
Guru: Teacher Nurazirawati binti Aser
Guru: Cikgu Nursi binti Sakilan