Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Syukur kehadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnia dan izinNya dapat saya merakamkan sepatah dua kata dalam Profil SK Pekan Semporna II.
Jutaan terima kasih kepada semua warga guru SK Pekan Semporna II yang banyak memberi sokongan, komitmen dan kerjasama yang padu dalam melaksanakan program-program yang telah dirancang. Diharapkan progam-program yang dirancang ini mampu meningkatkan lagi prestasi akademik SK Pekan Semporna II.
Saya yakin dan percaya kerjasama yang padu dan komitmen yang tinggi antara warga sekolah terutamanya guru-guru, ibu bapa dan murid-murid amat penting dalam merealisasikan Visi sekolah iaitu menjadikan SK Pekan Semporna II sekolah yang terbaik di daerah semporna.
Akhir kata, Marilah kita bekerjasama untuk memartabatkan lagi sistem pendidikan negara dan melonjakkan transformasi pendidikan serta melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.
Sekian, Wasalam.
En. Haris bin Muhammad
Guru Penolong Kanan 1/ Pentadbiran
SK Pekan Semporna II