PANITIA PJPK ZON TAIPING
PENJURIAN VIDEO SENAMROBIK ZON TAIPING 2023
PERTANDINGAN BUKU SKRAP
SYARAT-SYARAT:
Tajuk Buku Skrap: PEMAKANAN SIHAT
Media dan bahan adalah bebas (digalakkan penggunaan bahan-bahan terpakai) mengikut kreativiti murid asalkan menepati tajuk.
Bahan (TEKS) dicetak daripada komputer TIDAK dibenarkan.
Bahan boleh disalin (TULIS) semula daripada yang asli (bahan asal).
Bahan daripada internet dibenarkan (gambarajah, peta, gambar dll)
Saiz buku skrap hendaklah bersaiz kertas A4
Jumlah / bilangan muka surat mestilah tidak kurang daripada 20 helai dan tidak lebih daripada 30 helai.
Hasil karya mestilah sebuah buku skrap (walaupun terdapat beberapa tajuk kecil)
Semua penyertaan hendaklah dilengkapi dengan butiran seperti berikut (halaman pertama muka surat - Kulit Buku Skrap)
NAMA PENUH:
NO. KAD PENGENALAN:
NAMA SEKOLAH:
ZON:
PENJURIAN BUKU SKRAP:
Penjurian dilakukan berdasarkan perkara-perkara di bawah;
Isi kandungan
Sekapur sirih
Pendahuluan
Maksud makanan sihat
Menu pemakanan sihat
Makanan sarapan pagi
Makanan tengah hari
Minum petang
Makan malam
Piramid makanan
Jenis-jenis nutrien
a) Vitamin
b) Garam mineral dan serat
c) Protein
d) Karbohidrat
Penutup
TARIKH-TARIKH PENTING:
PERTANDINGAN SENAMROBIK
SYARAT-SYARAT & CORAK PERTANDINGAN:
Pertandingan dijalankan secara rakaman video.
Kawasan rakaman persembahan dalam ukuran 9m x 9m.
Rakaman penggambaran yang dijalankan adalah bebas.
Persembahan senam robik boleh diiringi dengan muzik atau lagu. Rakaman muzik atau gabungan lagu boleh digunakan. Muzik asal (original song/music) adalah dibenarkan.
Perakam boleh menggunakan pelbagai kaedah dan peralatan supaya dapat menunjukkan corak persembahannya.
KOD PAKAIAN:
Semua peserta dikehendaki berpakaian kemas dan penampilan yang bersih sepanjang tempoh pertandingan.
Rambut yang panjang mesti diikat atau bersanggul dengan kemas. Rambut tidak boleh menutupi dahi dan hendaklah digel.
Tudung hendaklah dipakai dengan kemas.
Tali kasut hendaklah diikat dengan sempurna.
Tali pinggang, suspenders dan kelengkapan senaman seperti weights, canes, sarung tangan dan aksessori lain tidak dibenarkan semasa persembahan.
Barang kemas dan jam tangan tidak dibenarkan dan mestilah ditanggalkan sebelum persembahan.
Peserta dikehendaki memakai pakaian sukan yang bersesuaian dengan kebudayaan negara dan bertanggungjawab menyediakan pakaian sukan sendiri.
Leotard yang menunjukkan perut/pusat (navel), tank top yang menunjukkan dada dan belakang dan pakaian yang menjolok mata tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, tights panjang dengan kemeja-T boleh digunakan.
Kasut aerobik dibenarkan semasa pertandingan.
KRITERIA KEPENGADILAN:
Tempo Muzik Persembahan dihadkan masa selama 3 hingga 8 minit dengan toleransi masa 10 saat. Penggunaan rentak ialah dari 135 hingga 148 rentak seminit. Pergerakan wajib yang perlu ada dalam senamrobik ialah:
March
Jog
Jumping Jack (Minimum 4x)
Back Lunge
Knee Lift
Tambahan dan pilihan
- Skip (Flick Kick)
- Kick (Minimum 4x)
- Tekan Tubi (Minimum 4x)
- Lengkok Abdomen/Crunch (Minimum 4x)
- Imbangan (Tahan Minimum 2 Saat )
TARIKH-TARIKH PENTING: