Sekolah Kebangsaan Ijok terletak di tepi jalan raya dari Kuala Selangor ke Kuala Lumpur iaitu di Batu 7, Ijok di Tanah Lot 357 yang luasnya 5 ekar (berumput – 2 ekar). Sekolah ini mendapat namanya sempena nama Kampung Ijok dan ditubuhkan pada 1 April 1947. Pada peringkat awal penubuhannya, bangunan asalnya didirikan oleh pendudukpenduduk Kampung Ijok sendiri secara bergotong- royong. Bilangan muridnya pada waktu ituhanyalah seramai 83 orang. Murid -murid inilah yang menjadi pelopor pertama yang bersekolah di Sekolah Kampung Ijok pada tahun 1947. Sebelum ini murid-murid dari Kampung Ijok bersekolah diSekolah Kebangsaan Bukit Badong. Pada akhir tahun tersebut bilangan murid bertambah menjadi 118 orang. Kerusi dan meja yang telah dibuat sendiri oleh penduduk - penduduk kampung ini menggunakan kayu mahang yang dicari dari hutan.
Sekolah ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Sukim bin Haji Ibrahim. Beliau adalah merupakan Ketua Kampung Kedua bagi Kampung Ijok ini. Beliau berasal dari Jawa Timur, Indonesia. Datang ke Tanah Melayu secara berkumpulan, bila tiba di Johor, kumpulan ini berpecah, kumpulan Tuan Haji Sukim telah berhijrah ke Ladang Rajaghiri, Selangor dan bekerja sebagai mandur. Semua rakan-rakan berpakat dan setuju melantik Encik Muskam sebagai Ketua Kampung tersebut. Setelah tujuh tahun bekerja di ladang getah itu, mereka mencari penempatan baru dan menamakan tempat yang baru itu dengan Kampung Ijok Tuan Haji Sukim bin Haji Ibrahim berpendidikan Belanda. Selain dari itu beliau juga merupakan seorang tokoh agama yang disegani. Menurut cerita anaknya, Encik Mohajir bin Haji Sukim,bapanya pernah bertapa di Jawa dan tinggal di Masjid Demak iaitu tempat pertapaan Wali Sembilan (Wali Songo). Kehebatannya digeruni oleh kawan dan lawan, sehingga pihak Jepun tidak berani membuat kacau dan menganggu penduduk Kampung Ijok waktu itu. Bertepatan dengan jawatan sebagai ketua Kampung, beliauaamat prihatin terhadap anak buahnya terutama dari gangguan pihak tentera Jepun. Pelantikannya sebagai ketua Kampung Ijok adalah atas wasiat Datuk Muskam sendiri yang mahukan Tuan Haji Sukim dilantik sebagai ketua Kampung. Tuan Haji Sukim bin Haji Ibrahim menjadi Ketua Kampung Ijok pada tahun 1945 iaitu bertepatan dengan kehadiran pertama tentera Jepun di Kota Bahru, Kelantan. Tuan Haji Sukim bin Haji Ibrahim bernikah dengan anak tempatan Kampung Ijok iaitu Puan Asminah binti Haji Ali. Mereka telah dikurniakan 12 orang cahaya mata. Salah seorang daripadanya menjadi pewaris beliau sebagai pengganti ketua kampung. Di atas mengenang jasa - jasanya terhadap masyarakat dan negara, beliau telah dikurniakan pingat PJK dan PPN. Dalam usia lebih kurang 70 tahun, Tuan Haji Sukim bi Haji Ibrahim telah meninggal dunia kerana sakit tua.
Semasa mula ditubuhkan bangunan tersebut yang panjangnya kira-kira 90 kaki dan lebar 30 kaki, mempunyai 3 bilik darjah. Kayu-kayu dan peralatan bangunan dicari dari hutan. Atapnya dibuat daripada daun rumbia. Bangunan ini telah runtuh kerana ditiup angin ribut beberapa tahun kemudian. Oleh kerana bangunan tersebut telah musnah, kerajaan telah mendirikan bangunan baru pada tahun 1958, ianya dikenali sebagai bangunan A dengan 5 bilik darjah. Bilangan murid kian bertambah pada waktu itu. Guru Besar yang pertama ialah Encik Zainuddin bin Hussain. Pada tahun 1967, satu lagi bangunan dikenali sebagai bangunan B telah didirikan. Terdapat 3 bilik darjah tambahan menjadikan semuanya berjumlah 8 buah bilik darjah. 9 Sebelum itu sebuah rumah untuk Guru Besar dan sebuah rumah guru dua pintu telah dibina dalam tahun 1964. Rumah guru dua pintu yang dibina itu telah dirobohkan kerana telah uzur setelah lama digunakan Rumah guru Guru Besar SK Ijok yang agak uzur tetapi masih boleh digunakan telah dijadikan kelas pemulihan pada tahun 1991 Sekolah Kebangsaan Ijok terus menikmati arus pembangunan, Dengan bilangan murid yang bertambah, sebuah bangunan satu tingkat telah dibina pada tahun 1998. Bangunan ini digunakan sepenuhnya pada awal tahun 1990. Ia mengandungi 6 buah bilik darjah, sebuah makmal sains, dua buah tandas dan sebuah stor. Bangunan ini dikenali sebagai bangunan C Pada 31 Oktober 2000, selepas penggredan semula semula oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, Sekolah Kebangsaan Ijok telah naik taraf kepada sekolah Gred A. Ianya berkuatkuasa mulai 01 Disember 2001.
Pada tahun 1977, sebuah kantin dibina untuk kegunaan murid dan guru sekolah ini. Pada tahun 1980 pula didirikan sebuah lagi bangunan satu tingkat yang pada waktu itu dikenali sebagai bangunan C telah dibina oleh kerajaan. Terdapat 3 buah bilik darjah di tingkat atas, satu setor dan satu tandaslelaki dan satu tandas perempuan. Di tingkat bawah pula terdapat sebuah bilik darjah, sebuah bilik Guru Besar, pejabat sekolah, tandas murid lelaki dan tandas murid perempuan. Selain dari itu pihak sekolah sentiasa berusaha dalam memajukan pembangunan fizikal sekolah ini dengan membina tempat letak basikal untuk murid-murid yang diusahakan bersama dengan Persatuan Ibubapa dan Guru sekolah ini. Setelah terbinanya bangunan satu tingkat itu, beberapa bilik darjah dibangunan lama (bangunan A dan B) telah diubahsuai. Bagi Tujuan memberi kemudahan kepada murid-murid menimba ilmu pengetahuan melalui pembacaan, bangunan lama (bangunan A) telah diubahsuai untuk menjadi Pusat Sumber Sekolah. Satu setengah bilik darjah dijadikan perpustakaan dan separuh kelas digunakan sebagai bilik tayangan. Dari bangunan B pula, satu daripada kelasnya telah dijadikan bilik Kemahiran Hidup/Kemahiran Manipulatif. Kemudahan-kemudahan lain seperti padang permainan yang luasnya lebih kurang satu ekar juga disediakan untuk murid-murid sekolah ini. Terdapat juga gelanggang badminton dan kawasan bermain bola jaring. Pihak sekolah juga sentiasa berusaha untuk memperindahkan kawasan sekolah supaya sesuai sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan. Di belakang kawasan sekolah ada ditanam dengan pokok kelapa sawit yang diusahakan PIBG sekolah ini. Pembinaan projek rumah guru berkembar dijalankan pada tahun. Semenjak tahun, rumah ini sudah tidak selamat digunakan. Ianya telah dijadikan setor simpanan peralatan sekolah yang sudah tidak bolehdigunakan lagi. Menara Jam sebagai mercu tanda SK Ijok telah dibina dan disiapkan pada tahun 2000. Pada tahun yang sama, Bangunan Makmal Komputer masih sedang dalam proses pembinaan. Pada 5 Oktober 2013, hari yang paling sejarah dimana Pihak Yayasan Rafulin telah menyerahkan sebuah bangunan 2 tingkat yang mengandungi 7 buah bilik darjah, sebuah bilik mesyuarat, sebuah kantin dan sebuah dewan. Blok ini dinamakan Blok Rafulin. Bangunan ini mengantikan blok kayu yang lama dan ianya disumbangkan oleh bekas murid SK Ijok iaitu Yg. Brbhg. Dato’ Mohamed Raffe Chekku merupakan Pengerusi Yayasan Rafulin. Blok ini telah dirasmikan oleh Yg. Brbhg. Tan Sri Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara pada 5 Oktober 2013.