Lencana ini berukuran 4.5sm lebar dan 5.0sm panjang. Bentuk: Berbentuk perisai dengan lima puncak yang melambangkan lima Rukun Islam dan lima Prinsip Rukun Negara. Bahagian bawah lencana terdapat cogankata yang menjadi asas keteguhan dan kegigihan murid serta matlamat sekolah ke arah pendidikan cemerlang.
Cogankata: Usaha Maju Jaya
Mempunyai maksud jika berusaha pasti akan mencapai kejayaan.
i) Buku melambangkan sumber ilmu pengetahuan
ii) Batang pen dan mata pen yang terletak di tempatnya melambangkan ilmu pengetahuan didapati dengan cara penulisan.
iii) Dua garisan selari melengkung menghubungkan mata pen, batang pen dan bulan melambangkan ilmu pengetahuan didapati berasaskan penulisan dan pembacaan.
Warna Dan Pengertian
i) Warna merah melambangkan berani dan sentiasa aktif dalam segala bidang.
ii) Warna hijau melambangkan penerapan nilai Islam dalam semua aktiviti.
iii) Warna kuning melambangkan setia dan taat kepada raja dan pemerintah.
iv) Warna biru melambangkan bersatu padu dan sepakat dalam aktiviti.
v) Warna putih melambangkan suci dan bersih.
Bendera ini berukuran 80sm lebar dan 170sm panjang Mempunyai warna-warna seperti berikut:
i) Biru - melambangkan bersatu padu dan sepakat dalam semua aktiviti.
ii) Merah - melambangkan berani dan sentiasa aktif dalam segala bidang.
iii) Hijau - melambangkan penerapan nilai-nilai Islam dalam semua aktiviti.
iv) Kuning - warna kuning berbentuk segitiga sama melambangkan wawasan menuju kecemerlan