Pengumuman:
بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kepada Ahli Jawatankuasa Unit ICT sekolah dan jawatankuasanya yang terlibat dalam pembangunan laman web SK (F) Pasir Besar.
Dengan adanya laman web ini diharapkan dapat memberi sedikit informasi berkaitan sekolah ini kepada semua pengunjung disamping dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi antara murid, guru, staf sokongan, ibu bapa, bekas pelajar, masyarakat umum, pejabat pelajaran dan kementerian pelajaran. Pengunjung juga dapat maklumat terkini berkaitan perkembangan sekolah seperti aktiviti murid, program-program sekolah, PIBG, badan kebajikan guru dan takwim sepanjang tahun.
Kepada semua pengunjung saya mengucapkan selamat datang. Jadikanlah web ini sebagai wadah untuk kita berkongsi maklumat. Saya mengalu-alukan cadangan, idea dan komen untuk tujuan penambahbaikan dari semua pengunjung.
Saya yakin dan penuh percaya dengan kerjasama padu dari semua warga sekolah dapat melaksanakan semua program yang dirancang dan seterusnya impian kami untuk menjadi sekolah luar bandar terbaik dapat dicapai.
CEMERLANG AKADEMIK, CEMERLANG AKHLAK