Pengumuman:
Bangunan sekolah ini mula dibuka pada tahun 1966 dengan dua buah blok bangunan satu tingkat dan dua tingkat. Bangunan satu tingkat menempatkan 6 bilik darjah dan blok 2 tingkat menempatkan bilik guru besar dan pejabat sekolah.
Pada tahun 1970, 3 bilik darjah separuh kekal telah didirikan diikuti oleh sebuah bangunan kekal yang mempunyai 8 bilik darjah dan 3 buah stor telah dibina pada tahun 1972.
Kemudian,Satu blok baru mengandungi 4 kelas telah ditambah. Blok ini menempatkan 2 kelas pra sekolah, 1 kelas untuk PPKI dan satu kelas aliran perdana. Pada tahun 2003 sebuah makmal komputer telah siap dibina ,lengkap dengan 21 buah komputer . 20 unit untuk murid dan sebuah lagi untuk kegunaan guru.
Walaubagaimanapun dengan pertambahan bilangan murid, pada setiap tahun,SKPB mengalami kekurangan bilik darjah. Pada tahun 2007, satu projek telah diluluskan dalam RMK ke 9 iaitu bangunan gantian sebanyak 2 blok bangunan 4 tingkat yang mengandungi bilik darjah, bilik khas dan pejabat pentadbiran. juga naik taraf bilik-bilik khas.
Projek akan dilaksanakan dalam fasa 3 tahun bermula pada tahun 2008 dalam masa pembangunan projek beberapa perubahan akan berlaku. beberapa kesulitan akan dialami Walaubagimanapun pengurusan pentadbiran dan p & p akan berjalan dengan baik. Namun begitu,projek ini tidak diperoleh oleh SKPB atas masalah teknikal.
Bagi menyelesaikan masalah pertambahan pelajar pada setiap tahun, sekolah telah menerima sebuah kabin yang terdiri daripada 2 kelas yang pada mulanya digunakan untuk menempatkan murid tahun 6. Kelas kabin ini dilengkapi dengan lampu dan kipas sama seperti kelas di bangunan kekal untuk keselesaan pelajar.
Pada tahun 2017, pihak sekolah sekali lagi menerima pertambahan 2 blok bangunan yang dibina bersebelahan dengan makmal komputer. Projek ini adalah dibawah Program Pelaksanaan Pembaikan Sekolah Daif menggunakan sistem IBS yang terdiri daripada 2 blok bangunan yang boleh menempatkan 7 buah kelas. Pada 15 Disember 2017, satu majlis Penyerahan Kunci telah diadakan. Majlis ini disempurnakan oleh YB Dato’Abd Razak yang turut dihadiri oleh Pengarah JKR Negeri Sembilan, Yang Amat Berbahagia Dato’ Abd Karim bin Mohd Tahir.
Pada tahun 2018, bangunan ini digunakan sepenuhnya dengan menempatkan pelajar tahap dua iaitu Tahun 4,5 dan 6 untuk keselesaan murid-murid belajar dalam suasana kelas yang kondusif.