INFO BERKAITAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH
GARISAN
Garisan merupakan cantuman titik-titik yang bersambungan atau yang mempunyai jarak tertentu.
Garisan memainkan peranan yang amat penting dalam menwujudkan rupa, bentuk, jalinan, pergerakan, ton dan corak.
Garisan juga memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan seseorang perasaan dalam sesebuah karya.
RUPA
Rupa merupakan sambungan penghujung garisan ke titik permulaannya. Rupa tiada jisim dan hanya mempunyai satu permukaan sahaja.
Rupa terbahagi kepada empat iaitu :
Rupa geometri
Rupa organik
Rupa negatif
Rupa positif
BENTUK
Bentuk ialah merupakan objek yang mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan mempunyai permukaan yang lebih daripada satu.
Bentuk terbahagi kepada dua iaitu :
Bentuk konkrit
Bentuk ilusi
JALINAN
Jalinan bermaksud kesan yang terdapat dalam seseuatu permukaan objek.
Jalinan terbahagi kepada dua iaitu :
Jalinan sentuh
Jalinan tampak
RUANG
Ruang ialah kawasan kosong yang terdapat dalam sesuatu objek ataupun jarak yang ada pada di antara kedua-dua objek dalam sesebuah karya seni.
Ruang mudah diwujudkan dalam menggunakan garisan grid perspektif.
Ruang terbahagi kepada dua iaitu :
Ruang terbuka
Ruang tertutup
WARNA
Warna memainkan peranan yang penting dalam menwujudkan suasana yang tidak bosan.
Warna dapat menunjukan perasaan seseorang pelukis semasa menggunakan jenis-jenis warna dalam penghasilan lukisan. Warna merupakan elemen yang amat penting dalam bidang seni visual.
Warna terbahagi kepada :
Warna asas - merah, biru dan kuning
Warna sekunder - campuan dua warna sahaja daripada warna-warna asas
Warna tertiar
Warna monokrom - sewarna yang dicampur dengan warna putih dan hitam untuk mengawal kegelapan warna yang diingini.
Warna penggenap
SENARAI AKTIVITI PEDIDIKAN SENI VISUAL SEPANJANG TAHUN 2022
27 APRIL 2022