Guru Penolong Kanan Kokurikulum
MAKLUMAT UNIT
Unit Kokurikulum SK Ampang memberikan pendidikan yang berkualiti dan berkesan untuk mempertingkatkan kualiti pengurusan Kokurikulum dan Sukan dengan usaha memperkembangkan lagi potensi individual, membentuk sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa bermasyarakat, meningkatkan mutu disiplin para pelajar bagi memperkukuhkan integrasi dikalangan mereka. Memberi peluang secukupnya kepada murid-murid untuk menyertai pelbagai aktiviti terancang bagi memperkembangkan minat, bakat serta kemahiran masing-masing.
Melaksanakan pelbagai program pembangunan sukan dan permainan serta program-program kokurikulum.
Melaksanakan semua urusan pentadbiran dan pengurusan bagi memastikan kelancaran setiap unit kokurikulum dan sukan.
Memastikan maklumat / tindakan yang perlu diambil telah dilaksanakan di peringkat unit dan sekolah.
Memastikan penyediaan laporan pengurusan / program / aktiviti yang lengkap dari unit dan sekolah bagi tujuan menilai status pelaksanaan dan pencapaian.
Meningkatkan kecergasan, disiplin dan daya ketahanan murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui program-program kokurikulum.
Memupuk dan memantapkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran kepimpinan.
Mengembangkan bakat, minat dan potensi diri.
Melahirkan murid-murid bersatu padu menjunjung aspirasi bangsa pelbagai kaum ke arah pembentukan bangsa Malaysia yang berdisiplin, berilmu dan berperikemanusiaan.