Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
MAKLUMAT UNIT
Unit Hal Ehwal Murid SK Ampang memberikan Pendidikan yang berkualiti dan berkesan bagi melahirkan insan yang berdisiplin, jati diri, patuh dan taat serta berdaya saing dari segi mental, fizikal dan emosi ke arah pembinaan akhlak dan sahsiah terpuji.
Mengukuhkan dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kalangan murid.
Memantapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid semasa mengambil tindakan penyelesaian masalah.
Membina dan mengukuhkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan murid agar menjadi pemimpin yang berwibawa dan berwawasan.
Meningkatkan kemahiran berbahasa murid dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam aktiviti.
Melahirkan murid yang bersahsiah, beretika dan patuh kepada ajaran agama dan negara menjadi insan yang berakhlak.
Melahirkan murid yang mempunyai jati diri dan kecintaan kepada negara.
Meningkatkan kualiti pengurusan HEM dari segi pematuhan ketetapan, perubahan positif dan kesedaran dalam pelaksanaan HEM.
Meningkatkan kualiti pengurusan disiplin dengan memastikan disiplin diurus bagi membentuk sikap dan perlakuan positif murid.
Meningkatkan kualiti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam membantu dan membimbing murid dari segi akademik, kokurikulum, sahsiah dan kerjaya.
Meningkatkan kualiti pengurusan perkhidmatan Kebajikan, kesiatan dan keselamatan untuk memastikan kesejahteraan murid