Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kokurikulum adalah wadah penting dalam membina potensi murid secara menyeluruh. Melalui penyertaan dalam unit beruniform, persatuan, kelab, serta aktiviti sukan dan permainan, murid SK Terap diberi peluang mengasah bakat, memupuk kepimpinan, dan menghayati semangat kesukanan.
Saya berharap murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam setiap program kokurikulum yang dirancang, kerana pengalaman ini amat berharga dalam membina jati diri dan kecemerlangan masa hadapan. Bersama kita lahirkan murid yang bukan sahaja cemerlang akademik, malah seimbang dalam kokurikulum.
EN FAIZAL BIN RAMLI
Penolong Kanan Kokurikulum