Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bahagian Hal Ehwal Murid memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah, disiplin, dan kesejahteraan murid. Di SK Terap, kami sentiasa berusaha memastikan kebajikan murid terpelihara, disiplin terkawal, serta aktiviti pembangunan sahsiah dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Saya menyeru agar semua warga sekolah, ibu bapa, dan komuniti berganding bahu dalam melahirkan generasi berakhlak mulia, berdisiplin tinggi, dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Semoga usaha kita diberkati Allah SWT.
PN ZAWIYAH BINTI ABDUL HALIM
Penolong Kanan HEM