SEJARAH AWAL PENUBUHAN
Ditubuhkan pada awal tahun 1998 dengan diketuai oleh seorang guru besar bernama Encik Arifin yang juga digelar Encik Ripit. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Melayu Semenyih kerana murid-muridnya terdiri daripada orang-orang melayu. Pada tahun 1949, sekolah ini dinamakan Sekolah Umum Semenyih dan pada tahun 1953 namanya ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Semenyih. Pada 1 Januari 1979, Sekolah Kebangsaan Semenyih bercantum dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Semenyih dan mengekalkan nama Sekolah Kebangsaan Semenyih yang digunakan sehingga ke hari ini