SILA KE LAMAN FACEBOOK RASMI KAMI
Unit Kurikulum SEKOLAH KEBANGSAAN SEMENYIH memberikan pendidikan yang berkualiti dan berkesan untuk membangunkan potensi murid agar menjadi insan yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah bagi memenuhi aspirasi murid melalui aktiviti dalam bilik darjah dan luar bilik darjah.
Memberi dan mengukuhkan ilmu pengetahuan bagi semua mata pelajaran yang ditawarkan.
Memantapkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid dengan menekankan penggunaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Peta Pemikiran i-THINK.
Membina kemahiran kepimpinan dalam kalangan murid agar menjadi pemimpin yang berwibawa.
Meningkatkan kemahiran berbahasa murid dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta bahasa ketiga.
Melahirkan murid sahsiah tinggi yang berakhlak, beretika dan patuh kepada ajaran agama dan bangsa.
Melahirkan murid yang mempunyai jati diri dan kecintaan kepada Negara.
Meningkatkan kualiti pengurusan kurikulum dari segi pematuhan ketetapan, perubahan positif dan keselarasaan dalam pelaksanaan kurikulum sekolah.
Memantapkan pengurusan mata pelajaran ke arah meningkatkan kualiti Pembelajaran dan Pemudahcaraan.
Mengukuhkan kualiti Pembelajaran dan Pemudahcaraan melalui Pemantauan Berterusan (CEDO), Professional Learning Community (PLC).