Carta Organisasi
Carta Organisasi
BADAN BERUNIFORM DAN KELAB/PERSATUAN
MATLAMAT
Membantu, membentuk dan mendidik murid-murid merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti kokurikulum untuk melahirkan insan yang berwibawa, berketrampilan, bertanggungjawab, berdisplin, berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang dan kemahiran dan berkeyakinan tinggi sebagai pemimpin di sekolah serta berpotensi mengembangkan bakat dan daya kepimpinan masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang bidang yang diceburi pada masa akan datang serta memupuk minat mereka di dalam membantu ibu bapa, masyarakat, negara dan agama.
OBJEKTIF
Mengetengahkan bakat dan kebolehan murid.
Melatih murid supaya mempunyai keyakinan, daya tahan yang tinggi dan berdisplin.
Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab sesama sendiri serta memupuk kerjasama di kalangan ahli.
Murid-murid mendapat panduan dan memahami dasar dan cara menubuhkan dan mengendalikan kelab dan persatuan atau badan beruniform.
Meningkatkan pengetahuan murid mengenai maklumat-maklumat yang terkini dan selaras dengan sukatan yang diberikan serta mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.
STRATEGI
Mengadakan perjumpaan pada hari Selasa selama sejam.
Melibatkan murid secara aktif dalam gerak kerja kumpulan.
Mendedahkan murid kepada pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
Merancang aktiviti yang menarik dan berpandukan kepada sukatan.
Menyertai perkhemahan atau pertandingan di peringkat sekolah, kawasan dan negeri.
SUKAN DAN PERMAINAN
MATLAMAT
Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti berorentasikan pertandingan bagi memantapkan daya tahan fizikal, emosi, kesabaran dayajuang yang tinggi berfokuskan semangat untuk menang, sanggup menghadapi segala cabaran dan rintangan demi kejayaan pasukan dan menjulang nama baik sekolah dan menguasai kemahiran dan kefahaman agar murid bersikap positif serta berminat melibatkan diri dalam aktiviti sukan untuk riadah dan kesihatan.
OBJEKTIF
Mencungkil bakat-bakat yang berpotensi untuk diketengahkan.
Memperbaiki dan meningkatkan pencapaian dalam semua jenis permainan yang dipertandingkan.
Memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai undang-undang dan peraturan permainan serta kemahiran supaya dapat menambahkan pengetahuan murid.
STRATEGI
Merancang latihan secara ansur maju untuk membantu murid menguasai sesuatu kemahiran yang diajar.
Memberi insentif kepada murid yang cemerlang dalam mengharumkan nama sekolah dalam bidang permainan.
Menyertai pertandingan di peringkat sekolah, kawasan dan negeri.
RUMAH SUKAN
MATLAMAT
Merancang dan melaksanakan program kesukaran bagi melahirkan dan membentuk pelajar seimbang dari segi penguburan mental, fizikal dan sosial. Ianya juga dapat menanam minat yang mendalam terhadap aktiviti sukan dan permainan serta dapat membentuk disiplin yang tinggi dalam kerja berpasukan dan melahirkan murid-murid yang berkemahiran dan berkebolehan di dalam acara padang, balapan dan permainan.
OBJEKTIF
Mencungkil bakat murid yang berpotensi untuk mewakili sekolah dalam bidang sukan.
Membina kecergasan mental dan fizikal murid-murid dalam perkembangan yang sihat.
Melatih murid supaya mempunyai keyakinan, daya tahan yang tinggi dan berdisiplin.
Membina semangat berpasukan, membentuk disiplin diri dan sifat kepimpinan.
Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab sesama sendiri serta memupuk kerjasama dalam kalangan ahli.
STRATEGI
Merancang latihan secara ansur maju untuk membantu murid menguasai sesuatu kemahiran yang diajar.
Memberi insentif penghargaan kepada murid yang cemerlang dan menunjukkan prestasi yang baik.
Menyertai pertandingan persahabatan antara rumah untuk meningkatkan mutu permainan dan membina semangat kesukanan.
Mengagihkan tugas mengikut kebolehan, kepakaran dan pengalaman murid supaya minat dan pengetahuan yang ada dapat membantu dalam pengajaran.
PENCAPAIAN
Resolusi paparan bagi laman ini direkabentuk bagi penggunaan komputer riba. Untuk paparan yang optimum, digalakkan melayari laman ini menggunakan peranti berskala seperti komputer riba atau yang seumpamanya. Terima kasih.