Mari Mengenal Delima
Mari Mengenal Delima
DELIMa merupakan pelantar pembelajaran dalam talian yang menawarkan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta bahan-bahan rujukan pembelajaran untuk kegunaan pelajar dan guru. DELIMa boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja hanya dengan menggunakan peranti yang mempunyai capaian Internet. Bagi mengakses DELIMa, pelajar dan guru perlu log masuk menggunakan ID DELIMa yang boleh didapati melalui guru kelas atau pentadbir sekolah. Tambahan lagi, ID ini juga boleh digunakan oleh murid dari sekolah rendah hingga ke peringkat Matrikulasi/Tingkatan Enam.Â
Resolusi paparan bagi laman ini direkabentuk bagi penggunaan komputer riba. Untuk paparan yang optimum, digalakkan melayari laman ini menggunakan peranti berskala seperti komputer riba atau yang seumpamanya. Terima kasih.