SEJARAH SEKOLAH

 Sekolah Kebangsaan Jitra telah mula pada tahun 1906 dengan nama Sekolah Melayu Jitra. Sebelum terdirinya sebuah bangunan yang dibina dengan bantuan Pejabat Muridan Kedah pada 1906, penduduk sekitar Jitra telahpun memulakan persekolahan anak-anak mereka secara sendirian di bawah rumah Encik Yaakub di Kampung Tanjung Pauh. Encik Yaakub merupakan seorang tokoh pendidik tempatan. Beliau merupakan seorang tenaga pengajar semasa persekolahan di rumah beliau. Akibat pertambahan murid dari masa ke semasa, maka beliau dengan bantuan beberapa penduduk setempat telah bergotong royong mendirikan sebuah bangunan kayu di Kampung Tanjung Pauh.

Keadaan bangunan yang binaan penduduk kampung ini lebih selesa  daripada belajar di bawah rumah. Namun begitu, tiang bangunan ini hanyalah kayu-kayu bulat sahaja. Dindingnya dibina daripada buluh, bumbungnya pula beratap rumbia dan berlantaikan tanah. Peralatan meja dan bangkunya diperbuat daripada kayu-kayu bulat.

  Menjelang 1905, bangunan kayu binaan penduduk kampung itu tidak lagi dapat menampung pertambahan murid yang  semakin ramai. Masyarakat di Jitra mula sedar tentang kepentingan muridan terhadap anak-anak mereka.

Encik  Yaakub bersama beberapa orang penduduk kampung telah mohon kepada Pejabat Muridan Kedah agar dapat menangani masalah ini. Akhirnya pihak Pejabat Muridan Kedah telah bersetuju untuk membina sebuah bangunan sekolah di atas tanah seluas 5 relung di Pekan Jitra pada tahun 1906. Tapak dan bangunan tersebut masih lagi dijadikan asas Sekolah Kebangsaan Jitra sehingga kini. Salah satu struktur bangunan yang masih kekal hingga kini ialah Dewan Bakti.


  Pada tahun 2005, SK Jitra telah menyambut Jubli Emas sempena 100 tahun penubuhannya dan tahun 2021 menjadikan sekolah ini telah mencapai umur 116 tahun. Sekolah ini telah menyaksikan pelbagai kejayaan dicipta, mencapai saat kegemilangan dan melahirkan ramai tokoh-tokoh yang telah berjaya. Dengan slogan ‘SKJ Di Hatiku’ adalah diharapkan sekolah ini terus mencipta kegemilangan.