Nama :SJKT Ladang Bukit Selarong
Kod : KBD5043
Alamat : SJKT Ladang Bukit Selarong, 09400 Padang Serai, Kedah.
Email : KBD5043@moe-dl.edu.my
Pentadbir + Guru : 15 orang
Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) : 2 orang
Murid : 72 orang
SJK(T) Ladang Bukit Selarong telah ditubuhkan dengan bilangan murid seramai 21 orang pada tahun 1949. Pada bulan Mac 1949 Encik M.Palaniandy telah menjadi Guru Besar sekolah ini. Beliau juga merupakan guru tunggal yang mengajar kesemua matapelajaran bagi semua kelas.
Di antara tahun 1962 dan 1965 bilangan guru telah meningkat kepada 8 orang. Kelas-kelas telah dapat dijalankan dengan lebih memuaskan pada masa ini. Pada tahun 1970 satu lagi detik bersejarah telah berlaku dalam sejarah sekolah ini di mana satu bangunan dengan empat buah bilik darjah telah dibina dengan kos sebanyak RM40,000.00.
Bilangan pelajar juga bertambah sangat pesat pada masa itu. Guru Besar yang baru telah mengambil alih tugas pada tahun 1974. Encik Suppayah telah menggantikan Encik Palaniandy. Jumlah murid pada masa ini ialah seramai 105 orang.
Pada tahun 1984, En.K.Subramaniam telah dilantik sebagai Guru Besar baru. Pada tahun 1985 pula Pn.S.Arulmarie telah menjadi Guru Besar dengan bilangan pelajar seramai 97 orang. Pn.S.Arulmarie telah digantikan oleh En.RT.Sanggara Narayanan sebagai Guru Besar mulai 16.04.1994.
Selepas itu, sekolah ini telah dapat satu bangunan tanbahan yang telah diusahakan oleh pihak PIBG sekolah ini. Bilangan murid juga bertambah dari tahun ke tahun. Keputusan UPSR juga meningkat. Infrastruktur sekolah ini juga telah ditambah baik dengan usaha Guru Besar baru Pn.K.Amirthawally. Sekolah ini kini terletak di suatu tempat yang strategik iaitu berhampiran dengan lebuhraya titikarangan Kulim. Kawasan perindustrian juga telah muncul berhampiran dengan kawasan sekolah.
Selepas persarahan Pn.K.Amirthavally pada bulan Ogos 2017, Pn.R.Kalyani pula telah menggantikan beliau. Mulai tahun 2007 sekolah ini mula berwajah baru dalam semua bidang seperti Kurikulum, Kokurikulum, Keceriaan dan Keselamatan.
Hasil usha Guru Besar juga telah membuahkan sebuah bangunan tambahan baru 2 tingkat dengan kos RM2,010,000.00 telah dibagunkan di kawasan sekolah kini. Selepas persarahan Pn.R.Kalyani pada tahun 2015, tempat beliau diganti dengan Guru Besar baharu En.R.Elanggo.
En.R.Elanggo dengan hasil usahanya, telah membuat banyak perubahan di sekolah ini. Antaranya ialah kewujudan bilik muzik, bilik RBT, bilik mesyuarat guru, pemasangan penghawa dingin di bilik guru dan juga di pejabat sekolah. Selain itu, beliau juga mengambil berat terhadap pembelajaran murid-murid. Pada tahun 2022, Pn.P.Juliana telah bertukar ke sekolah ini sebagai Guru Besar. Beliau merupakan seorang Guru Besar yang berpengetahuan luas, perihatin, tidak berputus asa serta sentiasa memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada semua guru dan juga murid-murid di sekolah ini. Beliau telah mengubahsuai dewan sekolah dengan bantuan daripada LPS sekolah ini.
Selain itu PIBG SJKT Ladang Bukit Selarong juga telah memberi banyak bantuan dan juga sumbangan kepada pelajar-pelajar sekolah ini. Setiap tahun mereka akan mengadakan pelbagai jenis aktiviti antaranya ialah mengadakan kelas ICT dan kelas motivasi kepada semua murid di sekolah ini. Khidmat mereka masih diteruskan hingga kini.
Tidak ketinggalan, NGO juga memberikan banyak sokongan padu kepada sekolah ini. Diharap segalah kecemerlangan dan kejayaan sekolah ini akan berterusan demi kepentingan masa depan anak-anak murid sekolah ini pada masa depan.
Falsafah Pendidikan SJKT LADANG BUKIT SELARONG
Matlamat pendidikan sekolah ini ialah memberikan ilmu pengetahuan asas yang baik dan sempurna. Juga memberi bimbingan asas dari segi akhlak supaya ianya dapat melahirkan generasi hari ini dan masa akan datang berakhlak mulia, bertanggungjawab, berbudi pekerti dan berdisiplin.
Visi Sekolah
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
Misi Sekolah
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.
Menjelang tahun 2025, SJKT Ladang Bukit Selarong akan mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap.
Negaraku
Tanah Tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertahta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertahta
……….
tonton video di pautan berikut:
https://www.youtube.com/watch?v=qlbqLpBodfA
Allah Selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan Usia Di Atas Takhta
Memelihara Agama Nabi Kita
Negeri Kedah Serata-rata
……….
tonton video di pautan berikut: