PN. JULIANA A/P PERIYANAGAM
Adalah menjadi visi dan misi sekolah ini agar kemajuan dan kecemerlangan dalam unit Ku-rikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum akan menjadi impian dan matlamat yang harus dicapai bagi tahun 2023/2024 ini. Marilah kita sama-sama hayati ciri-ciri sekolah berkesan (Peter Motimore, 1995). Antaranya:
a. Kepimpinan yang profesional,
b. Mempunyai wawasan dan matlamat bersama
c. Kewujudan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran
d. Penumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran
e. Pengajaran bermatlamat
f. Pemantauan kemajuan sekolah
g. Ada penghargaan yang tinggi
h. Amalan pengukuhan positif
i. Memberi hak dan tanggungjawab kepada murid-murid serta
j. Kewujudan perkongsian rumah dengan sekolah dan sekolah sebagai sebuah organisasi pembelajaran.
Semoga pengurusan yang berkesan dan sistematik dapat dilaksanakan bagi mencapai hasrat tersebut. Saya juga berharap agar kerjasama dan kesepaduan sesama kita akan dapat menghasilkan kejayaan yang lebih cemerlang dalam semua bidang pada tahun ini.
Akhir kata, saya berharap aktiviti yang telah dirancang pada tahun ini akan dapat dilaksanakan secara teratur dan berkesan demi meningkatkan kemenjadian murid. Saya juga berharap agar guru-guru dapat memberikan komitmen penuh dalam menguruskan aktiviti Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum sepanjang tahun 2023/2024. Terima kasih.