ஈவுட் தமிழ்ப்பள்ளி
பள்ளியின் அதிகாரப்பூர்வ வலைத்தளத்திற்கு வருக!
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI!
Puan Ponnumani Theruvenkidan
Guru Besar
SJK (T) Heawood
KATA ALU-ALUAN GURU BESAR
Selamat Datang ke Laman Sesawang Rasmi SJK (T) Heawood
Saya dengan penuh sukacita menyambut anda semua ke laman sesawang baru kami. Laman ini direka untuk menjadi sumber maklumat dan panduan utama bagi murid, guru, staf, dan ibu bapa, dalam menyokong kejayaan pendidikan anak-anak kita. SJK(T) Heawood memulakan operasinya pada 11 Mac 2024, dan saya berharap laman ini akan membantu kita semua dalam mempersiapkan tahun akademik yang cemerlang.
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Guru Kanan Pentadbiran, Cik Thanaletchumi Kuppusamy, dan Guru Kanan Hal Ehwal, Encik Ravi Balan, atas dedikasi mereka dalam mempersiapkan sekolah ini. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang telah mendaftar anak-anak mereka di sini.
Sebagai Guru Besar SJK (T) Heawood, saya mengalu-alukan kehadiran semua guru dan kakitangan. Marilah kita bekerjasama sebagai satu pasukan, selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, untuk mencapai matlamat dan kecemerlangan sekolah ini.
Saya yakin dengan dedikasi dan kerjasama kita, SJK (T) Heawood akan mencapai kejayaan yang membanggakan. Terima kasih dan selamat bertugas!
PINTASAN
"கல்வி அறிவின் திறவி"
"Pendidikan Kunci Ilmu"