SEJARAH RINGKAS SEKOLAH
SEJARAH RINGKAS SEKOLAH
SJK(T) Gunong Rapat dibina pada tahun 1954 dan terletak di kawasan padat di tengah-tengah pekan Gunung Rapat. Sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah Tamil di kawasan Gunung Rapat /Simpang Pulai /Ampang dan Bandar Botani.
Dengan kemudahan asas yang minimum sekolah ini berkembang tahun demi tahun dan kini sekolah ini dilengkapi dengan 6 buah bilik darjah, sebuah pusat sumber, sebuah bilik abm/bbm, sebuah bilik guru dan sebuah bilik kelas pemulihan. Jumlah murid semakin berkurangan disebabkan keadaan insfrastruktur dan kemudahan asas yang lemah. Kini terdapat 108 orang murid dengan 16 orang guru.
Walaupun dengan kemudahan asas yang minimum sekolah ini berkembang tahun demi tahun dalam segi akademik dan kokurikulum. Tanah di SJK(T) Gunong Rapat adalah milik kerajaan dengan keluasan 0.4 hektar. SJK(T) Gunong Rapat mendapat bantuan penuh dari kerajaan.
Keluasan kawasan SJK(T) Gunong Rapatt agak kecil dan sempit jika dibandingkan dengan sekolah Tamil yang lain di Ipoh. Sekolah ini tidak memiliki padang. Sebarang aktiviti sukan dilakukan dibahagian tanah yang kecil. jika ada aktiviti tahunan seperti hari sukan, sekolah perlu meminjam padang daripada SJK(C) Gunong Rapatt bersebelahan sekolah ini.
Walaupun memiliki ruang bangunan yang agak sempit SJK(T) Gunong Rapat masih lagi menjadi pilihan ibu bapa di sekitar Gunong Rapat sehingga Simpang Pulai. atas usaha daripada PIBG dan Lembaga Pengelola Sekolah, sebuah sekolah baharu dibina di Taman Seri Ampang. SJK(T) Gunung Rapat dari lokasi di Jalan Besar berpindah ke bangunan di lokasi baharu pada 03.03.2023.
Bangunan baharu terletak di Jalan Wira Jaya, Taman Seri Ampang. Kini bangunan baharu SJK Gunung Rapat mempunyai 6 bilik darjah, 1 makmal sains, 1 bilik komputer, 1 bilik kerja Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), 1 Bilik Pusar Sumber, 1 Bilik Bilik Tayangan, 1 bilik pemulihan, ruangan serba guna, kantin, dan tempat menunggu murid.