PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM SEKOLAH 

Bahawa kami, warga SJK(T) Vivekananda, KL berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami seperti berikut : 

KPM/JPWP 

Kami memastikan setiap arahan dan permohonan pihak KPM/JPWP diambil tindakan selewat-lewatnya 3 hari selepas surat diterima. 

STAFF

Setiap staf sekolah menerima latihan dalaman sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk meningkatkan tahap profesionalnya. Sebarang masalah atau kesulitan yang dihadapi oleh setiap staf akan diambil tindakan dengan segera. Memberi layanan yang baik kepada semua staf. 

WARIS/IBU BAPA 

Setiap waris murid yang berurusan dengan sekolah akan diberi layanan yang adil dan mesra oleh pihak sekolah. Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberi. Setiap cadangan yang bernas dan masalah akan dipertimbangkan oleh pihak sekolah. 

MURID 

Memastikan semua murid menerima P&P mengikut masa yang diperuntukkan. Memastikan semua murid menguasai 3M. Memastikan semua murid mendapat layanan yang adil. Memastikan semua murid selamat di dalam kawasan sekolah. Memastikan semua murid menerima bantuan yang sepatutnya diterima