LATAR BELAKANG

Vivekananda Ashrama telah ditubuhkan pada tahun 1904. Se-dekad selepas itu, demi memupuk sebuah kominiti yang progresif, Pengurusan Vivekananda Ashrama mula menumpukan perhatian mereka terhadap agama dan pendidikan.

Ashrama mula menyedari keperluan pendidikan, terutamanya pendidikan Tamil di Brickfields, Kuala Lumpur, seiring dengan peningkatan penduduk Tamil di kawasan ini. Pada masa yang sama, kepentingan pendidikan asas dalam bahasa ibunda, sebelum meneruskan pendidikan menengah dalam bahasa Inggeris, juga disedari olah Ashrama. Jesteru itu, Pengurusan Vivekananda Ashrama telah menubuhkan sebuah sekolah Tamil pada 22 Ogos 1914, dengan 14 orang murid. Pada awalnya, ia didirikan sebagai sebuah sekolah pondok.

Oleh kerana kekurangan tempat dan kemudahan, Bangunan ‘Paramahamsa’ dibina pada tahun 1921. Kewangan projek ini disediakan melalui pelbagai aktiviti amal mengumpul derma. Projek ini dilacarkan olah Swami Abehanandha pada 8 Oktober 1921.

Bangunan ‘Paramahamsa’ tidak dapat menampung keperluan murid-murid untuk lama. Keinginan penduduk Tamil di persekitaran Brickfields, untuk memberikan anak-anak mereka pendidikan asas dalam bahasa Tamil, telah memerlukan sebuah sekolah yang lebih besar. Pada tahun 1937, Bangunan ‘Vipulananda’ dibina. Ini diikuti oleh Dewan ‘Appudurai’ dan Bangunan Vivekananda pada tahun 1952.

19 Julai 1952 ialah tarikh yang amat penting dan bermakna dalam sejarah SJK (T) Vivekananda. DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al- Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (Yang Dipertuan Agong ke sebelas), selaku Raja Muda Selangor pada masa itu, telah merasmikan pembukaan Bangunan Vivekananda. Dalam tahun 1957, Pengurusan Ashrama telah memutuskan untuk mengadakan sebuah sekolah tadika. Bagi mencapi matlamat ini, sebuah lagi bangunan telah dibina, pada tahun yang sama.

Seiring dengan perubahan dan keperluan semasa, dengan kos sebanyak RM 2.5 juta, Vivekananda Ashrama telah menyempurkan pembinaan sebuah bangunan 4 tingkat dan sebuah dewan yang lengkap dengan segala kemudahan moden. Bangunan ini menyediakan bilik – bilik darjah moden, pusat komputer, perpustakaan dan bilik guru. Segala kemudahan ini pasti akan memberi suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kebaktiaan Vivekananda Ashrama, dibawah pimpinan Dato Dr.K.Ampikaipakan, dalam menyediakan kemudahan pendidikan yang unggul bagi masyarakat Tamil di Negara ini, seharusnya tidak dilupakan.