SELAMAT DATANG KE GOOGLE SITE RASMI SK SG MERAB LUAR (SEMERBAK)
Jenis Sekolah : Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan
Status Sekolah : Beroperasi
Lokasi : Bandar
Daerah Pentadbiran : Sepang
PPD : PPD Sepang
Jenis Bantuan : Sekolah Kerajaan
Sesi Persekolahan : Dua Sesi - Pagi & Petang
Keluasan Sekolah dan Bangunan :
Kod Sekolah : BBA9211
No. Telefon : 03-8925 6699
No. Fax : 03-8925 6699
Website Sekolah : https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/semerbakgo/home
E-mail : sekolah-9556@moe-dl.edu.my
ALAMAT SEKOLAH:
SK SG MERAB LUAR, JALAN MURNI,
KAMPUNG SG MERAB LUAR
43000 KAJANG, SELANGOR
KENALI SK SUNGAI MERAB LUAR
Ditubuhkan pada tahun 1939, Tedapat 3 bilik darjah dan sebuah pejabat Guru Besar dengan keluasan tapak 2.5 hektar oleh pentadbir Inggeris.
Pada tahun 1945 sebuah bangunan separuh bata mengandungi 3 bilik darjah , sebuah kantin, sebuah bilik stor dan sebuah bilik Khas Guru Besar telah dibina oleh Kerajaan Perseketuan dan telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Dato' Lee Siok Yew.
Pada tahun 1982, bangunan tambahan iaitu bilik tayang dan pusat sumber telah dibina.Seterusnya, pada tahun 1989, sebuah bangunan 2 tingkat dibina bagi menggantikan bangunan lama yang telah uzur.Mengandungi 7 buah bilik darjah dan 2 buah tandas.
Pada tahun 1999, sebuah bangunan satu tingkat mempunyai 4 buah bilik darjah dibina untuk murid tahun 1. Manakala pada tahun 2003, salah sebuah bilik darjah 1 telah diubahsuai sebagai kelas prasekolah.
Pada tahun 2005 pula, bangunan 2 tingkat yang mengandungi 6 buah bilik darjah telah dibina. pada tahun 2012, sebuah bangunan lama separuh batu telah dirobohkan atas faktor keselamatan dan digantikan dengan sebuah bangunan baru yang mengandungi bilik BBM, bilik panitia, bilik ketua panitia dan bilik j-QAF. Kini SKSML mempunyai sebuah surau yang diubah suai dari rumah guru lama.
Pada tahun 2016, kuarters lama yang dijadikan surau telah dirobohkan untuk pembinaan bangunan baru untuk tujuan penambahan bilik darjah bagi menampung keperluan murid.Bilik j-QAF telah diubahsuai dan dijadikan musolla (surau). Dewan terbuka juga telah dibina di tapak /gelanggang sepak takraw berhadapan kantin. Pembinaan bumbung untuk dewan terbuka mendapat sumbangan daripada Dato' Shariff bin Jajang dengan kerjasama PIBG.
Pada Tahun 2017, sebuah bangunan 2 tingkat dibina yang terdiri daripada 4 buah bilik darjah. Pada tahun 2018, Bangunan baahru siap dibina dan 3 buah bilik dijadikan kelas manakala sebuah bilik dijadikan Bilik PLC.