SELAMAT DATANG KE GOOGLE SITE RASMI SK SG MERAB LUAR (SEMERBAK)
Pengumuman aktiviti atau makluman untuk tindakan guru, murid dan ibubapa. Kandungan yang terkini berada di bahagian paling atas.
PENGUMUMAN SK SG MERAB LUAR
KEJOHANAN MERENTAS DESA MADANI 2026
📌 Tarikh : 30 Januari 2026 (Jumaat)
📌 Sasaran : Murid Tahun 4, 5 & 6
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH diucapkan kepada semua murid. Semoga murid-murid ceria ke sekolah pada hari pertama persekolahan. Dilampirkan makluman mengenai program : Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara, Negara Sejahtera.
HARI PENDAFTARAN & TAKLIMAT IBU BAPA TAHUN 1, 2026
Memberi maklumat dan pendedahan kepada ibu bapa murid Tahun 1.
Membuat persediaan untuk hari pertama yang bakal beroperasi pada 12 Januari 2026.
السـلامـ عليڪمـ ورحمة الله وبرڪاتہ
& salam sejahtera.
Makluman Waktu Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum 2026
1. Dimaklumkan bahawa terdapat perubahan waktu aktiviti kokurikulum (Tahun 4-6) sahaja.
2. Mohon ibu bapa/penjaga memberi kerjasama bagi memudahkan pengurusan masa anak-anak.
3. Dilampirkan juga Tarikh Perjumpaan Kokurikulum untuk rujukan ibu bapa/penjaga.
4. Perjumpaan pertama aktiviti kokurikulum akan diadakan pada 21 Jan 2026 (Rabu) Minggu ke 2 persekolahan.
Sekian, terima kasih.
TARIKH: 28 NOVEMBER 2025 (JUMAAT)
SESI PAGI: 8:15 - 11:30 PAGI
SESI PETANG: 2:30 - 5:30 PETANG
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
di SG LIMAU TRAINING CENTRE, Sungai Besar Selangor
📌 Tarikh : 21-23 November 2025 (Jumaat - Ahad) (3 Hari 2 Malam)
“bergerak selepas solat Jumaat”
📌 Sasaran : Murid Tahun 4, 5 & 6
📌Bayaran : RM 150.00 (pengangkutan, makan minum, aktiviti & T shirt perkhemahan)
🔖 Bayaran deposit RM 100 (untuk booking tempat)
🔖 Bayaran selebihnya: RM 50
📌 Dibayar sebelum 10 Oktober 2025 (Jumaat)
🌟 HEBAHAN AKTIVITI BULAN PANITIA SEJARAH 🌟
PERTANDINGAN KELAS MERDEKA
🌟 HEBAHAN AKTIVITI BULAN PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL 🌟
Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua!
Sempena Bulan Gema Merdeka Suara Bahasa. *Pihak Panitia Pendidikan seni Visual* akan mengadakan beberapa aktiviti menarik yang pastinya akan memberi manfaat dan pengalaman baharu kepada semua murid! 🎉
🎁 Hadiah menarik menanti para pemenang!
TERBUKA UNTUK SEMUA MURID.
HASIL KERJA UNTUK MONUMEN PERLU DIHANTAR SECARA FIZIKAL KEPADA GURU PENDIDIKAN SENI MASING-MASING.
BAGI KAD DIGITAL PULA MURID BOLEH MENGHANTAR HASIL KERJA DI LINK INI https://forms.gle/4pNoF3uQQKAQY8gA9
🎁 Hadiah menarik menanti para pemenang!
Marilah sama-sama memeriahkan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Sekolah!
🌟 HEBAHAN AKTIVITI BULAN PANITIA BAHASA MELAYU 🌟
Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua!
Sempena Bulan Gema Merdeka Suara Bahasa. *Pihak Panitia Bahasa Melayu* akan mengadakan beberapa aktiviti menarik yang pastinya akan memberi manfaat dan pengalaman baharu kepada semua murid! 🎉
🎁 Hadiah menarik menanti para pemenang!
Mohon kerjasama semua murid untuk mengambil bahagian dan memeriahkan Bulan Panitia ini. Sokongan anda sangat dihargai!
HARI BICARA AKADEMIK 2025
TARIKH: 15 OGOS 2025
SESI PAGI: 8:15 - 11:30 PAGI
SESI PETANG: 2:30 - 5:30 PETANG
INFO PBD
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pemenang Pertandingan Pidato PIBG 2025. Kejayaan ini mencerminkan usaha dan komitmen tinggi. Penghargaan juga kepada semua peserta atas penyertaan yang bermakna. Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin keyakinan dan kecemerlangan dalam bidang pengucapan awam pada masa akan datang.
Pihak sekolah juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PIBG SKSML atas komitmen padu dan tajaan pertandingan Pidato Piala PIBG 2025. Sumbangan ini amat bermakna dalam menyemarakkan semangat murid serta mengembangkan bakat pengucapan awam. Semoga kerjasama erat ini terus berkekalan dan diberkati.
Malaysia Madani adalah satu konsep dibangunkan oleh kepimpinan negara untuk memperkukuh kerangka pembangunan berasaskan nilai-nilai kemanusiaan, inklusiviti dan keadilan sosial. Ia menegaskan bahawa kemakmuran negara hendaklah dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang, bangsa mahupun agama. Maka, tema ini menyatakan komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat diberi perhatian dan layanan adil, menyemarakkan semangat perpaduan dan kekitaan.
Selain itu, ‘Rakyat Disantuni’ menonjolkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat termasuk aspek pendidikan, kesihatan, ekonomi dan keselamatan. Ia adalah manifestasi nyata bahawa pembangunan negara tidak hanya tertumpu kepada aspek fizikal dan ekonomi tetapi juga kepada aspek manusiawi yang membentuk jati diri bangsa Malaysia yang harmoni dan bersatu padu.
Semua murid Tahap 2 perlu menyiapkan tugasan yang dimasukkan dalam Google Classroom
Tarikh akhir : 13 Ogos 2025
Klik pautan : https://d2.delima.edu.my/login
INFO KPM: Permohonan Kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2026 kini dibuka bagi murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
Permohonan boleh dibuat mulai 1 Ogos hingga 7 September 2025 melalui pautan berikut:
1. Murid dari sekolah Kementerian Pendidikan (KPM):
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my
2. Murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm
Tarikh Penting:
* Semakan pusat PKSK: 12 September – 17 Oktober 2025
* PKSK Tingkatan 4: 22 September – 3 Oktober 2025
* PKSK Tingkatan 1: 6 – 17 Oktober 2025
#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
#TaatSetia
Jadual waktu kelas bagi Tahun 4, 5, dan 6 SKSML
Berkuatkuasa Isnin, 17 Februari 2025
Klik pada gambar jadual untuk membuka link.
Pilih kelas dan muat turun (download)/cetak (print) fail.
JANUARI 2025
DISEMBER 2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kami warga SK SG Merab Luar ingin mengumumkan bahawa Rabu, 11 Disember 2024 adalah cuti umum sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. Oleh yang demikian, sekolah akan bercuti pada hari tersebut dan akan kembali bersekolah semula seperti biasa pada Khamis, 12 Disember 2024.
Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.
Unit HEM mengambil berat kehadiran murid-murid ke sekolah setiap hari.
Bagi yang tiada keuzuran, wajib hadir ke sekolah, P&P masih lagi berjalan seperti biasa.
Untuk makluman, murid yang hadir ke sekolah pada bulan Disember akan menerima minuman yakult. PKHEM akan memilih hari untuk agihan minuman tersebut.
HARI : ISNIN - JUMAAT
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) adalah satu bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan.
Komponen kecergasan dalam SEGAK terkandung dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan sekolah menengah.
Pada tahun 2008 SEGAK mula dilaksanakan kepada murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 yang berumur 10 tahun hingga 17 tahun. SEGAK dilaksanakan secara pentaksiran sekolah dan skor murid direkodkan. Pelaporan SEGAK memberi maklum balas kepada murid, guru, pentadbir sekolah, ibu bapa, dan pihak berkepentingan tentang tahap kecergasan fizikal murid.
Melalui maklum balas tersebut tindakan susulan dapat dirancang dan dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal seseorang murid.
SEGAK yang dijalankan secara sistematik wajib dijalankan dua kali setahun diharap dapat memotivasikan murid untuk mengamalkan cara hidup aktif dan sihat selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Melalui SEGAK murid dilatih supaya lebih bertanggungjawab dalam membina masyarakat yang sihat, cergas, bersatu padu, dan harmoni ke arah mencapai kesejahteraan negara.
NOVEMBER 2024
MAKLUMAN JADUAL UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 2024
SKSML
JADUAL UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) UNTUK RUJUKAN IBUBAPA DAN MURID SKSML
GOODIES HARI KANAK-KANAK
DATANG KE SEKOLAH PADA HARI JUMAAT & DAPATKAN GOODIES ANDA!
OKTOBER 2024
KEMPEN HADIR KE SEKOLAH
Semoga murid-murid SKSML terus bersemangat hadir ke sekolah setiap hari dan menunjukkan prestasi yang semakin meningkat. Moga kejayaan menjadi milik kita semua.
CUTI DEEPAVALI BERMULA 30 OKTOBER 2024 HINGGA 03 NOVEMBER 2024 (RABU-AHAD).
Apakah mpox?
Mpox (dahulu dikenali sebagai “monkey pox”) adalah penyakit yang disebabkan oleh virus cacar monyet.
Rujuk poster yang telah dikongsikan.
Tarikh : 7 Oktober 2024
Hari : Isnin
Pameran Semarak Seni Semerbak merupakan satu program pembangunan dan kecemerlangan seni visual yang dirancang untuk keberhasilan murid SKSML sempena Bulan Panitia PSV dan Bulan Kebangsaan.
Hasil karya murid yang dipilih untuk dipamerkan adalah daripada Pertandingan Mewarna, Menghasilkan Kraf Tradisional, Melukis Poster, Montaj, Mewarna Batik, Melukis dan Menghasilkan Replika Kemerdekaan.
Matlamat pameran ini adalah untuk memberi peluang kepada murid di SKSML memperkembangkan bakat dan potensi melalui penganjuran pertandingan seni visual bagi memupuk minat lebih mendalam, memberi kesedaran dan kepekaan murid terhadap nilai murni, patriotisme dan estetika kesenian dalam bidang seni visual.
SEPTEMBER 2024
PROJEK KELAS DIGITAL FASA 1
(1 KELAS 1 SMART TV)
OGOS 2024
HEBAHAN BENGKEL TEKNIK MENJAWAB TAHUN 6 2024
Bengkel Teknik Menjawab Tahun 6 merupakan program peningkatan tahunan yang diadakan untuk memberi pendedahan kepada murid tahun 6 berkaitan kaedah dan cara terbaik untuk menjawab kertas-kertas peperiksaan atau ujian kemasukan ke sekolah pilihan. Oleh itu, Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Matematik, Panitia Sains dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru berkolaborasi untuk menganjurkan satu Bengkel Teknik Menjawab Tahun 6. Bengkel ini merupakan program berkesan dan efektif untuk setiap calon sebagai satu platform penerangan kepada murid, agar proses menjawab soalan tidak menyimpang dan tersasar daripada matlamat asal.
PERINGATAN DARIPADA PIHAK SEKOLAH
Pihak sekolah sentiasa peka dengan keselamatan murid-murid SKSML. Sehubungan itu, peringatan sentiasa diberikan kepada ibu bapa dan murid-murid agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku kepada murid sekolah ini.
HEBAHAN AKTIVITI BULAN PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL SEMPENA BULAN KEBANGSAAN
Mari mencungkil dan semarakkan bakat seni yang dimiliki murid-murid dengan menyertai aktiviti seni visual sempena Bulan Panitia Pendidikan Seni Visual dan Bulan Kebangsaan Tahun 2024.
Aktiviti seni visual yang dilaksanakan bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan memupuk nilai-nilai patriotisme dalam kalangan murid melalui hasil karya seni yang dihasilkan.
PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH 2024
Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dianjurkan pada 19 Ogos 2024 (Isnin) sempena kedatangan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024 pada bulan Ogos dan September kelak.
Majlis ini dianjur bagi menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan murid menuju sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024.
Pada tahun ini, “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka” telah dipilih sebagai tema sambutan HKHM 2024 sebagai perlambangan kesepaduan secara holistik negara maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati serta teguh jati dirinya.
PERINGATAN UNTUK MURID YANG PONTENG SEKOLAH
Unit HEM sentiasa memandang berat berkaitan kes ponteng dalam kalangan murid, terutamanya yang tidak hadir ke sekolah pada hari Jumaat dan Isnin.
Poster peringatan sebegini sentiasa diberikan untuk ibu bapa/ penjaga agar kes sebegini tidak lagi berlaku kepada anak mereka.
Langkah pencegahan sentiasa diambil oleh pihak sekolah agar sifar ponteng dapat direalisasikan.
JULAI 2024
KARNIVAL MEGA STEM4FUN
TARIKH: 15 - 19 JULAI 2024
Panitia Sains mempelawa semua murid Tahun 1-6 untuk menyertai Kuiz Sains secara atas talian.
Murid boleh mula menjawab pada 15 Julai 2024 (jam 8 pagi) sehingga 21 Julai (jam 8 malam).
Klik pautan 👇🏻 untuk penyertaan :
https://mylink.la/megastem4fun_kuizsains
PENGUMUMAN CUTI UMUM
Salam Maal Hijrah 1446H kepada semua. Ikhlas daripada Warga SK SG. Merab Luar.
JUN 2024
HAL EHWAL MURID
MINGGU KESIHATAN
TARIKH: 27 JUN 2024 (KHAMIS)
MASA: 07.30-08.00 PAGI
1.10-1.40 PETANG & 5.30-6.00 PETANG
TEMPAT: DEWAN SK SG MERAB LUAR
KETERANGAN: PROGRAM INI MELIBATKAN KERJASAMA ANTARA PIHAK SEKOLAH DENGAN PIHAK CARRIE JUNIOR.
MENERANGKAN CARA PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI.
HAL EHWAL MURID
MINGGU KESIHATAN
TARIKH: 26 JUN 2024 (RABU)
MASA: 07.30-09.00 PAGI / 5.30-6.00 PETANG
TEMPAT: DEWAN SK SG MERAB LUAR
KETERANGAN: PROGRAM INI MELIBATKAN KERJASAMA ANTARA PIHAK SEKOLAH DENGAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH (PKD) SEPANG.
MENERANGKAN CARA PEMAKANAN YANG BETUL DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.
HAL EHWAL MURID
MINGGU KESIHATAN
TARIKH: 25 JUN 2024 (RABU)
MASA: MENGIKUT KETETAPAN KELAS
TEMPAT: SK SG MERAB LUAR
KETERANGAN: PROGRAM INI MELIBATKAN KERJASAMA ANTARA PIHAK SEKOLAH DENGAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH (PKD) SEPANG.
PELBAGAI BOOTH YANG BERINFORMASI UNTUK DIKUNJUNGI OLEH SEMUA MURID.
MURID JUGA DAPAT BERSERONOK DENGAN PERMAINAN YANG MENARIK DAN MENGUJI MINDA.
HAL EHWAL MURID
GOTONG-ROYONG MADANI FASA 2
TARIKH: 22 JUN 2024 (SABTU)
MASA: 07.30 PAGI -12.30 TENGAH HARI
TEMPAT: SEKITAR SEKOLAH
KETERANGAN: AKTIVITI GOTONG-ROYONG MADANI FASA 2 YANG MELIBATKAN WARGA SEKOLAH DENGAN KERJASAMA PIBG DAN JUGA KOMUNITI (MAHASISWI UPM).
PROGRAM INI MENGGUNAKAN PERUNTUKAN YANG DITURUNKAN OLEH KPM.
KOKURIKULUM
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-40
TARIKH: 8 JUN 2024 (SABTU)
MASA: 08.00 PAGI - 01.00 PETANG
TEMPAT: PADANG IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, BANGI
OBJEKTIF PROGRAM :
MENCARI ATLET YANG BAKAL MEWAKILI SEKOLAH DALAM KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD SEPANG
MEMUPUK SEMANGAT KESUKANAN YANG TINGGI DI KALANGAN PELAJAR.
APRIL 2024
KURIKULUM
TARIKH: 29 APRIL 2024
MASA: 7:30 PAGI & 5:30 PETANG
TEMPAT: DEWAN WARISAN
KETERANGAN: DENGAN KERJASAMA PUSAT SUMBER SEKOLAH
HAL EHWAL MURID
TARIKH: 27 APRIL 2024 (SABTU)
MASA: 07.30 PAGI -12.00 TENGAH HARI
TEMPAT: SEKITAR SEKOLAH
KETERANGAN: AKTIVITI GOTONG-ROYONG MADANI FASA 1 YANG MELIBATKAN WARGA SEKOLAH DENGAN KERJASAMA PIBG.
PROGRAM INI MENGGUNAKAN PERUNTUKAN YANG DITURUNKAN OLEH KPM.
HAL EHWAL MURID
KETERANGAN: MEMBERI KESEDARAN KEPADA MURID AGAR TIADA KES BULI DALAM KALANGAN MURID.
MAC 2024
KOKURIKULUM
TARIKH: 26 MAC 2024
MASA: 8.00 PAGI
TEMPAT: SEKITAR KG SUNGAI MERAB LUAR
KETERANGAN: MEMBERI PELUANG KEPADA MURID UNTUK MERAIH MATA UNTUK RUMAH SUKAN DAN MENCUNGKIL BAKAT LARIAN MURID UNTUK MEWAKIL SEKOLAH
HAL EHWAL MURID
TARIKH: 20 MAC 2024
MASA: 12.30 TENGAH HARI - 02.30 PETANG
TEMPAT: DEWAN SK SG MERAB LUAR
KETERANGAN: MEMBERI BANTUAN ONE-OFF KPM SEBANYAK RM150 KEPADA SEMUA MURID TAHUN 1 YANG BERWARGANEGARA MALAYSIA, DAN JUGA KEPADA MURID YANG BERPINDAH MASUK KE SEKOLAH INI (YANG BELUM MENERIMA BAP DI SEKOLAH LAMA).
HAL EHWAL MURID
KETERANGAN: MEMBERI PENCERAHAN BERKAITAN LALUAN KELUAR DAN MASUK KAWASAN SEKOLAH.
HAL EHWAL MURID
MASA: SEPANJANG MASA
TEMPAT: SK SG MERAB LUAR
KETERANGAN: MEMBERI KELONGGARAN KEPADA MURID UNTUK MEMAKAI PAKAIAN SUKAN SEPANJANG SESI PERSEKOLAHAN.
SEBARANG PERUBAHAN AKAN DIMAKLUMKAN DARI MASA KE SEMASA.
PIBG
TARIKH:
MASA: SEPANJANG TAHUN
TEMPAT:
KETERANGAN: MENCARI SUMBANGAN & DANA UNTUK PEMBANGUNAN SEKOLAH DAN GOLONGAN YANG MEMERLUKAN.
HAL EHWAL MURID
TARIKH: 8 MAS 2024 / 11 MAC HINGGA 5 APRIL 2024
MASA: 1.00 PETANG
TEMPAT: KELAS
KETERANGAN: MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA MURID TAHUN 1 BERKAITAN DENGAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH