BANTUAN & KEBAJIKAN MURID
Senarai Tugas :
Mengenal pasti jenis bantuan yang diperlukan oleh murid.
Mendapatkan senarai murid miskin yang layak mendapat bantuan berdasarkan keutamaan dan keperluan dengan kerjasama guru-guru kelas dan JKKK.
Merekodkan maklumat murid yang menerima bantuan yang telah dikemaskini dan disahkan oleh PGB
Memantau prestasi murid yang menerima bantuan.
Mengurus dan memantau hal ehwal kebajikan murid yang memerlukan bantuan khusus seperti murid miskin, kemalangan, rawatan berterusan, kematian dan bencana alam.
Merancang program untuk mengutip sumbangan di samping meningkatkan keprihatinan murid terhadap kebajikan.
Menguruskan aplikasi sistem pengurusan bantuan.
MINIT MESYUARAT 2023
MINIT MESYUARAT JPBPM 3/2023
MINIT MESYUARAT JPBPM 4/2023
Senarai Tugas :
Mengenal pasti jenis bantuan yang diperlukan oleh murid.
Mendapatkan senarai murid miskin yang layak mendapat bantuan berdasarkan keutamaan dan keperluan dengan kerjasama guru-guru kelas dan JKKK.
Merekodkan maklumat murid yang menerima bantuan yang telah dikemaskini dan disahkan oleh PGB
Memantau prestasi murid yang menerima bantuan.
Mengurus dan memantau hal ehwal kebajikan murid yang memerlukan bantuan khusus seperti murid miskin, kemalangan, rawatan berterusan, kematian dan bencana alam.
Merancang program untuk mengutip sumbangan di samping meningkatkan keprihatinan murid terhadap kebajikan.
Menguruskan aplikasi sistem pengurusan bantuan.
AKTIVITI
Seputar Serahan KWAPM 2021
Serahan KWAPM 2021 mengikut Prosedur Operasi Standard ( SOP ) yang ditetapkan pihak MKN dan KKM telah berjaya diselesaikan dengan lancar.
Jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir SK Haji Mahmud ,para petugas yang terdiri daripada kalangan guru, staf sokongan, pengawal keselamatan dan pekerja sekolah.
Tidak lupa juga kalungan terima kasih buat para ibu bapa yang cakna dan mematuhi SOP yang ditetapkan bermula dari pintu pagar sekolah, kawasan terimaan wang dan pergerakan keluar dari kawasan sekolah.
MINIT MESYUARAT 2022
MINIT MESYUARAT 2021
MINIT MESYUARAT 2020
JENIS-JENIS BANTUAN
UNTUK MURID SEKOLAH
JENIS BANTUAN:
Bantuan One-Off
PENGENALAN :
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.
KADAR :
Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM100.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).
PEMILIHAN / KRITERIA KELAYAKAN :
Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).
KAEDAH PENYALURAN :
Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
JENIS BANTUAN:
Bantuan Khusus
PENGENALAN :
Pada awal pelaksanaan KWAPM tahun 2003, Kerajaan telah bersetuju untuk memberi bantuan kepada murid darjah satu (1) hingga darjah enam (6) di sekolah rendah (SR) dan Tingkatan Satu (1) di sekolah menengah (SM) yang layak meliputi bantuan yuran persekolahan/peperiksaan, pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah, bantuan persekolahan serta bantuan latihan dan bimbingan. Terdapat tiga (3) jenis bantuan yang diberikan kepada murid iaitu :
Bantuan Am Persekolahan (BAP) (dahulu dikenali sebagai Bantuan Persekolahan) diberikan kepada murid melalui kaedah dikredit terus ke akaun murid atau pemberian dalam bentuk wang tunai atau bukan tunai (pakaian seragam sekolah, peralatan sekolah dan keperluan-keperluan lain persekolahan murid) ;
Bantuan Bulanan (BB) (dahulu dikenali sebagai Bantuan Am) diberikan kepada murid melalui kaedah dikreditkan terus ke akaun murid secara bulanan atau sekaligus (lump sum) ; dan
Bantuan Kecemasan (BK) dibayar kepada murid yang layak pada kadar bayaran BAP yang berkuat kuasa pada tahun semasa.
Tabung KWAPM telah ditubuhkan di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 berdasarkan Surat Ikatan Amanah yang telah diluluskan oleh Perbendaharaan pada 10 April 2003. Ia bertujuan memberi bantuan kepada pelajar miskin supaya tidak tercicir dalam meneruskan persekolahan selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa pada Januari 2003. Selaras dengan perubahan dasar pengurusan tabung KWAPM, Surat Ikatan Amanah telah dipinda dan diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia pada 25 Mac 2014.
Berdasarkan kepada perkembangan dan keperluan masa kini, beberapa penambahbaikan ke atas Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bilangan 2 Tahun 2017 – Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) telah disemak semula bagi memastikan sistem penyampaian bantuan kepada kumpulan sasar adalah lebih cekap dan berkesan. Di antara perubahan-perubahan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut :-
Ibubapa/penjaga yang tidak mempunyai bukti pendapatan hendaklah mengemukakan Surat Akuan Pengesahan Pendapatan yang telah disahkan oleh Pegawai ; dan
Perubahan perekodan peruntukan bantuan KWAPM yang diterima oleh sekolah.
Kadar.
PEMILIHAN / KRITERIA KELAYAKAN :
Warganegara Malaysia berdasarkan catatan dalam sijil kelahiran. Sekiranya tiada bukti taraf kewarganegaraan Malaysia, penentuan taraf kewarganegaraan perlu dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk pengesahan. Bagi murid Orang Asli, dokumen permohonan pengesahan taraf kewarganegaraan daripada JAKOA boleh diguna pakai.
Murid Tahun 1 hingga 6 dan Tingkatan 1 di Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).
KIR berdaftar dengan Sistem eKASIH atau DMOA yang disahkan berada pada status Miskin atau Miskin Tegar sahaja.
Murid miskin berstatus Orang Asli mengikut Akta 134, Akta Orang Asli 1954 (Pindaan 1974) dan kemiskinan KIRnya disahkan sebagai Miskin atau Miskin Tegar oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
Pendapatan Isi Rumah untuk murid DSA adalah berdasarkan Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa.
Murid yang telah menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)/Biasiswa Sukan (BS)/Program Pelajar Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh (PKSBP)/Biasiswa Kerajaan Negeri/yayasan/swasta atau apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan tidak layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan KWAPM.
Bagi murid berkeperluan khas/orang kelainan upaya (OKU) juga tidak layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan KWAPM kerana telah dibayar Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) oleh KPM sebanyak RM150.00 sebulan.
Murid yang bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) (menerima (PKSBP) Projek Khas SBP) atau sekolah yang tidak berada di bawah pentadbiran KPM tidak layak menerima bantuan KWAPM.
Murid hanya layak menerima bantuan KWAPM di bawah satu (1) jenis data sahaja, walaupun nama murid tersenarai di dalam ketiga-tiga jenis data (e-KASIH, DMOA dan DSA).
KAEDAH PENYALURAN :
Semua peruntukan disalurkan terus ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) bagi sekolah yang mempunyai akaun bank atau ke Akaun Khas di PPD yang berkenaan bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank.
Sumber : Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia
Program Susu Sekolah bagi murid sesi pagi dan petang
Hari Pertama Program Susu Sekolah
12/10/2020
RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN
JENIS BANTUAN:
Bantuan Khusus
PENGENALAN :
Pemberian makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan.
KADAR :
Semenanjung - RM2.50 seorang murid x 190 hari.
Sarawak, Sabah dan Labuan - RM3.00 seorang murid x 190 hari.
PEMILIHAN :
Jawatankuasa Bantuan di sekolah / JPN.
KAEDAH PENYALURAN :
Peruntukan disalurkan ke sekolah melalui JPN
Kementerian
Bahagian/JPN
Akaun Sekolah