Minda Sihat

Program Minda Sihat (Orientasi Pemugaran Emosi Murid Sekolah Rendah) 

Setiap murid di Malaysia perlu dibantu emosi dan sosial bagi membolehkan mereka mengupayakan dan membiasakan diri menghadapi kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian. Di samping itu, ia berupaya mengembalikan semangat dan keyakinan mereka untuk meneruskan persekolahan dan bersosial dengan rakan mereka.


Unit Bimbingan & Kaunseling mengambil peluang membantu murid-murid dengan menjalankan Program Pembugaran Emosi di bawah Program Minda Sihat bermula hari pertama persekolahan selepas pandemik Covid-19. Program ini  sejajar dengan kehendak garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


Objektif program adalah untuk:

i/ Membantu pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih teratur dan lancar

ii/ Memberi perhatian terhadap psikologikal, psikososial dan kesihatan murid, guru dan warga sekolah semasa berasa di sekolah dan asrama

iii/ Memastikan tahap kesediaan emosi murid stabil