1987
Sekolah Menengah Kebangsaan Balung (SMK Balung) mula diwujudkan pada bulan Januari 1987 yang diilhamkan oleh Encik Amir Bek Amir Hussein iaitu Pegawai Pendidikan Bahagian pada masa itu. Sekolah ini dikelaskan sebagai sekolah Gred C.
Tujuan penubuhan sekolah ini pada masa itu adalah untuk menampung bilangan pelajar layak memasuki sekolah menengah yang semakin bertambah. Sekolah menengah yang sedia ada di bandar Tawau sudah tidak mencukupi. Walau bagaimanapun sekolah ini termasuk dalam ketegori sekolah luar bandar.
Sebelum perlantikan pengetua yang pertama, seorang guru Encik Mohammad Arif bin Haji Ismail telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus sekolah ini. Pada 16 Februari 1987, Encik Jimmy Cheah telah dilantik dengan rasminya sebagai pengetua SMK Balung yang pertama.
SMK Balung mula beroperasi dengan meminjam bangunan SK Balung. Sebilangan kecil guru-guru SMK Balung terpaksa berkongsi rumah dengan guru-guru SK Balung. Guru-guru yang lain terpaksa berulang-alik dari sekolah ke bandar Tawau.
1988
Dua buah blok bangunan akademik dan dua buah rumah guru (Projek Kilat) telah didirikan kawasan SK Balung, Tawau dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah melawat sekolah tersebut.
1989
Kumpulan pertama pelajar SMK Balung menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan telah memperolehi pencapaian kelulusan 76%.
Pada tahun ini juga kerja-kerja pembinaan SMK Balung dimulakan di tapak sekolah yang ada kini.
1990
Kumpulan kedua pelajar SMK Balung menduduki peperiksaan PMR dan berjaya memperoleh kelulusan 87%. Keputusan ini merupakan pencapaian tertinggi PMR bagi bahagian Tawau pada tahun tersebut.
Pada 30 November 1990, pengetua sekolah En. Jimmy Cheah telah meninggalkan sekolah kerana bersara awal (pilihan).
1991
Sepanjang tempoh ini projek pembinaan bangunan baru SMK Balung terus dilaksanakan. Namun pembinaannya sedikit tergendala kerana pertukaran kontraktor. Walau bagaimanapun, usaha murni membina sekolah baru ini tidak dihentikan, malah terus berjalan.
1992
Pada tahun ini sejarah baru tercipta apabila bangunan sekolah baru SMK Balung siap dan boleh digunakan. Kumpulan pertama guru dan pelajar berpindah dari bangunan lama di SK Balung ke tapak SMK Balung yang baru yang ada sekarang.
1994
Mendapat Anugerah Sekolah Penyayang oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang dirasmikan oleh YB Datuk Amar Dr. Sulaiman Hj Daud, Menteri Pendidikan Malaysia.
1998
Memandangkan SMK Balung merupakan satu-satunya sekolah dikawasan Balung dan ia tidak dapat lagi menampung jumlah pelajar yang ramai. Justeru SMK Balung II (namanya di tukar dan dikenali sebagai SMK Wakuba) telah dibuka di Kampung Batu 22. Seramai 20 orang guru perintis yang diketuai oleh Encik Jumaani telah dilantik sebagai wakil pengetua dan dibantu oleh Encik Fazil Yee.
2002
SMK Balung menerima kunjungan kerja Dato' Seri Musa Mohamad, Menteri Pendidikan Malaysia yang memantau Program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) ditawarkan kepada sekolah ini. Bersama rombongan tersebut Encik Kamal D.E Quarda (Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah) dan Encik Zainal Abidin Laja (Pegawai Pendidikan Bahagian Tawau).
Pada tahun ini juga, pihak sekolah telah mendapat Anugerah Sekolah Harapan 2002, Anugerah Kantin Terbaik dan Anugerah Pengurusan Asrama Terbaik. Wakil sekolah yang hadir adalah Encik Ahmad Rasyid Hj Kahar (Pemangku Pengetua) dan Encik M.Osman Wagiman (Penolong Kanan HEM).
2008
Pada tahun ini juga SMK Balung menerima peruntukan dibawah Rancangan Malaysia ke-9 untuk pembinaan 3 blok bangunan tambahan baharu iaitu satu blok pentadbiran, satu blok akademik dan satu blok makmal.
2009
Sekolah yang diterajui oleh Tuan Pengetua Cemerlang, Encik Thangavelu Supramaniam telah menerima Anugerah Sekolah Cemerlang Luar Bandar Kategori Asrama Harian Peringkat Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pada majlis penganugerahan itu, pihak sekolah telah menerima piala iringan berserta cek bernilai RM50,000 untuk pembiayaan operasi sekolah itu daripada Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zakarshi.
2010
Penantian sekian lama akhirnya terjawab apabila 3 blok bangunan baharu telah siap sedia untuk digunakan. Satu blok pentadbiran yang menempatkan Pejabat AM, Bilik Pengetua, Bilik Penolong Kanan-Penolong Kanan, Bilik Ketua Pembantu Tadbir, Bilik Akaun, Bilik Fail, Bilik Guru Data, Bilik Ketua Bidang-Ketua Bidang, Bilik Ketua Panitia-Ketua Panitia, Bilik Kesihatan, Bilik Pinjaman Buku Teks dan Bilik Mesyuarat. Satu blok akademik yang menempatkan Bilik Guru Tingkatan 6, Bilik Aktiviti Pelajar, Koperasi dan Kelas-Kelas. Manakala satu blok lagi, blok Makmal yang menempatkan Makmal-Makmal Sains.
Sekolah juga telah mendapatkan Dewan Terbuka yang disumbangkan oleh Datuk Seri Panglima Syed Abas Syed Ali, ADUN N55 Balung yang berjumlah RM25,000. Tuan Hj Nizam DSP Abu Bakar Titingan, Ketua Setiausaha Politik YAB Ketua Menteri Sabah yang juga Naib Ketua Bahagian UMNO P190 Tawau juga menyumbang sebanyak RM10,000 untuk projek dewan terbuka di sekolah ini.
2011
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar (BPPD), KPM telah memilih 3 buah sekolah di Sabah untuk menyertai Programme for International Student Assesment (PISA) 2012 iaitu SMK Balung, SMK Tawau dan SMK Merotai Besar. Seramai 35 orang pelajar berumur 15 tahun setiap sekolah telah dipilih secara rawak dan penilaian tersebut dilaksanakan disekolah masing-masing pada hari yang berlainan. Untuk SMK Balung, penilaian PISA tersebut telah diadakan pada 24 Mei 2011 bertempat di perpustakaan dan bilik Alat Pandang Dengar (APD).
Pada tahun ini angkasawan negara iaitu Mejor Dr Faiz Khaleed telah berkunjung ke SMK Balung bagi menjayakan Program Perkampungan Sains Aeroangkasa sempena Minggu Sains dan Matematik Peringkat Negeri Sabah pada 23 sehingga 26 April 2011.
2014
Telah memulakan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang merupakan program pendidikan untuk murid berkeperluan khas (MBK) seperti masalah pembelajaran, pendengaran, dan penglihatan yang belajar di sekolah biasa. Program ini membolehkan MBK untuk berinteraksi dengan murid lain dan tidak terpinggir daripada sistem pendidikan arus perdana, melalui pendekatan pengajaran yang diasingkan atau separa di dalam kelas khas yang diwujudkan di sekolah ini.
2015
Sekali lagi SMK Balung terpilih menyertai Programme for International Student Assesment (PISA) 2015. Namun kali ini penilaiannya bukan tertumpu kepada pelajar sahaja malahan ia juga melibatkan guru dan pentadbir sekolah. Dengan pelaksanaan PISA kali ini, SMK Balung telah mendapat peruntukan khas daripada KPM untuk mengubahsuai sebuah bilik aktiviti menjadi Makmal Komputer. Pihak sekolah juga menerima sumbangan netbook sebanyak 82 unit berserta dengan 2 unit charging cart netbook tersebut.
2016
Sejarah tercipta pada 28 Mei 2016 apabila Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak menjejakkan kaki di SMK Balung sempena Pelancaran Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Pakej Tawau-Sandakan yang turut diiringi oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman (Ketua Menteri Sabah), YB Datuk Seri Fadzilah Yusuf (Menteri Kerja Raya), YB Datuk Seri Hishamudin Tun Hussin (Menteri Pertahanan) dan YB Datuk Marry Yap Kain Ching (Timbalan Menteri Pendidikan) serta Tan Sri Dato' Sri Dr. Ali bin Hamsa (Ketua Setiausaha Negara) yang diadakan di padang SMK Balung.
Pada tahun ini juga pada tanggal 4 Oktober 2016 berlaku sejarah hitam apabila sebuah Helikopter Nuri milik Tentera Udara Di-Raja Malaysia (TUDM) terpaksa melakukan pendaratan kecemasan semasa melintasi bangunan akademik SMK Balung. Helikopter Nuri berkenaan telah melanggar bangunan akademik, kantin dan bengkel KH, terhempas dikawasan dewan yang baharu sekolah yang sedang dibina. Dalam kejadian jam 9.05 pagi pada 4 Oktober lalu, helikopter Nuri milik TUDM mendarat cemas di bumbung dewan terbuka SMK Balung menyebabkan 22 orang cedera iaitu 13 anggota TUDM, lapan pelajar serta pekerja pembersihan SMK Balung. Ekoran peristiwa tersebut, Panglima Wilayah Udara 2, Mejar Jeneral Datuk Mohd Shabre Hussein akan menjadikan SMK Balung sebagai Sekolah Angkat TUDM dan ruangan udara di SMK Balung diwartakan sebagai kawasan larangan untuk penerbangan pada masa akan datang.
2018
Tahun 2018 merupakan pencapaian akademik terbaik sejak SMK Balung ditubuhkan. Dibawah kepimpinan Pengetua Cemerlang, Encik Matnoor Hj Sima telah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) 4.85 bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang merupakan pencapaian terbaik SPM dan pencapaian 100% lulus selama 4 tahun berturur-turut bagi peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Menaiktaraf dewan terbuka iaitu Tapak DEAR (Drop Everything And Read) dengan lantai hanya diperbuat daripada lantai biasa (simen) kepada bermozek penuh. Ibubapa, kakitangan sekolah, alumni sekolah serta beberapa NGO juga berjaya mengumpul duit bagi menaiktaraf dewan terbuka ini menjadikan lantai bermozek penuh.
2019
Pada 16 Mac 2019 (Sabtu) Datuk Osman bin Jamal, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung N55 telah merasmikan Makmal Komputer Bestari. Makmal ini adalah inisiatif pihak sekolah dan kerjasama dengan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dengan menyediakan infrastruktur berbentuk sumbangan 20 unit Desktop dan 2 unit LCD. Dikesempatan ini juga Datuk Osman Jamal telah mengumumkan memberi sumbangan tambahan kepada Projek Rintis Pembangunan SmartClassroom di SMK Balung yang bernilai RM23,000.00.
Sehubungan dengan itu, bermula tahun ini terdapat penawaran subjek baharu iaitu Asas Sains Komputer (ASK) yang ditawarkan kepada murid tingkatan 1 sebagai kohort pertama. Kelas yang ditawarkan ASK adalah KRK, KAA, Arif dan Jauhari.
Disamping itu, SMK Balung telah meraih 5 Anugerah dalam Majlis Apresiasi Kecemerlangan PPD Tawau pada 23 April 2019 iaitu:
Anugerah Kepimpinan Pengetua Luar Bandar
Anugerah Purata Nilai Gred Kumulatif Terbaik (STPM)
Anugerah Lonjakan Tertinggi Gred Purata Sekolah (SPM)
Anugerah Gred Purata Sekolah Terbaik (SPM)
Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum
2021
Projek Ikan Air Tawar di SMK Balung telah bermula pada 06 Februari 2021 dengan pembersihan longkang yang berada di hadapan dataran perhimpunan yang juga merupakan tapak parkir kereta guru. Idea tercetus oleh Tuan Haji Arbin Haji Setta yang merupakan Pengetua SMK Balung melihat longkang tersebut sebagai satu peluang untuk mempromosi dan meningkatkan imej kelas Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA) di SMK Balung yang mana terasnya adalah pertanian dan penternakan.
Projek Ikan Air Tawar ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Puan Tah Nia Haji Jaman, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah semasa membuat lawatan kerja dan perjumpaan bersama Pengetua dan Guru Besar Daerah Tawau bertempat di SMK Balung pada 10 Jun 2022.
Maklumat lanjut, buka link: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/sehebat-serasi/inovasi-alam-sekitar/penternakan-ikan
SMK Balung telah terpilih sebagai peserta untuk Program 'Planting for Tawau' - kerjasama antara 1stop Borneo Wildlife, Sime Darby dan Taman-taman Sabah. Untuk program ini, pihak 1stop Borneo Wildlife telah menyediakan lokasi dan tapak khusus penanaman pokok untuk SMK Balung.
Menjadi sekolah pertama di Malaysia - Sekolah Bebas Botol Plastik dan telah mendapat sumbangan 3 unit water dispenser dari 1Stop Borneo Wildlife. MoU Signing Ceremony between SMK Balung & 1Stop Borneo WildLife.
Maklumat lanjut, layari The Star: https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/07/17/plastic-free-sabah-school
SMK Balung menerima Anugerah Perak bagi kategori Anugerah Pencapaian PBD Terbaik Tingkatan 3 2020 (Sekolah Luar Bandar) pada 29 September 2021 (Rabu) sempena Majlis Pengiktirafan Kecemerlangan Akademik (MEKAR Ke-9). Disamping itu 3 orang pelajar SMK Balung menerima Sijil Penghargaan bagi Anugerah Pelajar Terbaik SPTM 2020 (Muhammad Zulfikry bin Abdul Wahid, Ezikiel Suresh Murali, Fatin Suraya binti Sabaruddin).
Pada tahun ini juga SMK Balung menerima beberapa anugerah sempena Majlis Apresiasi Kecemerlangan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 pada 06 November 2021 bertempat di Dewan SJK(C) Yuk Chin Tawau. Antara anugerah yang diperolehi:
Anugerah Kecemerlangan Ikon PK Petang Menengah
Anugerah Kecemerlangan Ikon Unit Beruniform Menengah
Anugerah Kecemerlangan Pencapaian Program Pendidikan Inklusif Terbaik
Anugerah Kecemerlangan Peratus Tertinggi Penglibatan Pelajar dalam PDPR
Anugerah Kecemerlangan SIJIL SPM
Anugerah Kecemerlangan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) Terbaik STPM 2020
Anugerah Kecemerlangan Pencapaian PBD Terbaik Menengah Rendah
Anugerah Kecemerlangan Gred Purata Sekolah Terbaik SPM 2020
2025
Mendapat peruntukan daripada YB Datuk Hamid @ Hamil Hj Awang ADU N67 Balung dan Sawit Kinabalu (Ladang Sg Balung & Ladang Sg Kawa) untuk menaiktaraf pintu utama di hadapan sekolah.
Pihak sekolah telah mendapat laluan pejalan kaki di pagar sekolah yang disumbangkan oleh YB Datuk Lo Su Fui, Ahli Parlimen Tawau P190 boleh pelajar menunggu bas disepanjang jalan tanpa berpanasan.
Disamping itu juga, pihak sekolah telah mendapat dewan terbuka yang disumbangkan oleh YB Datuk Lo Su Fui, Ahli Parlimen Tawau P190 bagi menampung pelajar yang semakin ramai. Dewan yang dibina dengan kos RM1,236,558 berukuran 45 meter lebar dan 55 meter panjang itu disifatkan sebagai dewan sekolah terbesar di Sabah dan mungkin terbesar di Malaysia.
Sebuah 'lawatan mengejut' ke asrama dilakukan oleh YBrs. Tuan Zainal Abas, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) semasa lawatan kerja sehari beliau ke daerah Tawau. Lawatan ini dilakukan bersama YBrs. Tuan Matnoor bin Haji Sima, Pegawai Pendidikan Daerah Tawau, Para Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah serta Timbalan PPD bersama Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tawau. Turur hadir Tn Hj Arbin bin Hj Setta, para pentadbir dan guru-guru.
2026
Majlis Perasmian Dewan Terbuka yang disumbangkan oleh YB Datuk Lo Su Fui, Ahli Parlimen Tawau P190. Datuk Lo hadir bersama
Majlis perasmian Dewan Terbuka yang disumbangkan oleh YB Datuk Lo Su Fui telah berlangsung dengan penuh kesyukuran pada 12 Januari 2026. Upacara perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Lo Su Fui, Ahli Parlimen Tawau P190, merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada warga sekolah dan semua agensi yang terlibat atas usaha mereka menjayakan pembangunan ini. Turut hadir semasa perasmian En Mohamad Rizuan Usnie (wakil PPD Tawau), Tn Hj Arbin Hj Setta, guru-guru dan para pelajar sekolah.
TOKOH / NAMA SEKOLAH
Tiada tokoh khas yang dikaitkan dengan nama sekolah. Oleh yang demikian, nama sekolah ini diberikan berdasarkan lokasi sekolah tersebut yang terletak di kawasan Balung.
PENGASAS SEKOLAH
Rancangan untuk mewujudkan sekolah ini adalah ilham Encik Amir Bek Amir Hussein iaitu Pegawai Pendidikan Bahagian Tawau pada masa itu. Encik Jimmy Cheah yang bertugas sebagai Penyelia Bahagian di Pejabat Pendidikan Bahagian Tawau telah bersetuju untuk menjadi pengetua sekolah yang pertama.
Allahyarham Datuk S. Amir Bek Bin S. Amir Hussein merupakan Pegawai Pendidikan Bahagian Tawau (merangkap Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Bahagian Tawau) telah kembali ke rahmatullah pada 4 November 2009 (16 Zulkaedah 1430 Hijrah). Beliau berkhidmat sebagai Pegawai Pendidikan bermula dari tahun 1978 sehingga 1989 yang ketika itu Pejabat Pendidikan Bahagian Tawau berada di Bangunan Sabindo sebelum berpindah ke Wisma Persekutuan Tawau sehingga sekarang. Beliau juga seorang yang sangat aktif dengan aktiviti Badan Bukan Kerajaan iaitu Pengakap dan menerima pelbagai pencapaian dan anugerah antaranya Ahli Mangku Negara pada 1985.