Selamat Datang ke Laman Sesawang Rasmi SMK Balung, Tawau, Sabah. Setinggi-tinggi tahniah dan ucapan terima kasih ditujukan kepada semua AJK Laman SEHEBAT ini kerana telah berusaha gigih membuat dan mengemaskini laman web ini. Wujudnya laman ini membolehlah warga SEHEBAT termasuk para ibu bapa berinteraksi dengan pihak sekolah supaya segala masalah dapat dibincang dan diselesaikan dengan baik. Pihak sekolah juga mengalu-alukan idea-idea penambahbaikan pengurusan sekolah dari semua pihak demi kesejahteraan murid-murid SEHEBAT. Semoga laman ini menjadi perangsang kepada matlamat sekolah untuk menjadikan murid-muridnya cemerlang dari segi sahsiah, kurikulum, kokurikulum dan kepemimpinan.
Sekian, Terima kasih.
Tn Hj Arbin Bin Hj Setta
Pengetua,
SMK Balung, Tawau.