{Bersama kita tangani penularan jangkitan COVID-19} ALLAH JAGA KITA
Surau Darul Ulum telah dibuka secara rasmi pada tanggal 27 Disember 2018. Memuatkan lebih 1000 orang jemaah baik dari kalangan warga SMAPUTRA mahupun komuniti setempat di Presint 11, Putrajaya. Surau ini juga merupakan tempat hafazan bagi murid-murid Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan dan juga dirancang pada masa akan datang. Surau ini juga diurus oleh para pelajar Tingkatan Enam atas dan rendah yang mana jawatankuasa pelajar akan ditukar setiap tahun.