{Bersama kita tangani penularan jangkitan COVID-19} ALLAH JAGA KITA
Imbasan kod QR melalui aplikasi "Touch n Go E-wallet" disediakan bagi memudahkan para jemaah serta pengunjung untuk memberikan sedikit sumbangan secara digital hanya menggunakan telefon pintar. Program ini juga membantu untuk menambah pendapatan surau dikala mengharungi pandemik COVID-19.
Rak jualan air mineral disediakan di pintu masuk Surau menggunakan kaedah pembayaran kedalam tabung surau bertujuan untuk memberi penghayatan terhadap nilai kejujuran seseorang dalam urusan jual beli secara sendiri (self-service).
Diwujudkan untuk memberikan pengalaman kepada para pelajar untuk bercakap di khalayak ramai di samping mampu mencungkil bakat untuk menyertai sebarang pertandingan di semua peringkat.
Para pengunjung boleh berehat seketika dengan menggunakan kerusi urut berbayar dengan hanya minimum RM1 sahaja. Bertenang seketika sebelum sambung melakukan perkara masing-masing.
Program gotong-royong mengemaskini pemandangan Taman Raudhatul Ulum yang diuruskan oleh Pusat Tingkatan 6, SMAPUTRA untuk kegunaan seluruh warga SMAPUTRA dan komuniti.