Mencapai sasaran 0.5% penyertaan di peringkat antarabangsa
Mencapai sasaran 2.00% pencapaian peringkat kebangsaan
Mencapai sasaran 5.00% pencapaian peringkat negeri
Mencapai sasaran 15.00% pencapaian peringkat daerah/zon
Mencapai GPS 1.7 dalam Kelab dan Persatuan
Mencapai GPS 1.9 dalam Sukan dan Permainan
Mencapai GPS 2.5 dalam Pasukan Badan Beruniform
Mencapai 95% kehadiran murid dalam semua Unit Kokurikulum
Mencapai sasaran 100% lulus penilaian kokurikulum dan 30% murid mendapat gred A.
Mencapai 90%SKPM Kualiti@Sekolah (SK@S) Std 3.2 bagi pengurusan kokurikulum.
Mencapai 100% penglibatan guru dalam pengurusan aktiviti kokurikulum.
Unit kokurikulum SAMTTAR mampu menyediakan peluang menimba pengalaman dan pembelajaran tidak formal yang berkualiti untuk mengasah bakat serta menjana potensi murid sebagai modal insan yang memenuhi standard pasaran pendidikan terkini melalui transformasi dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum ke tahap tertinggi bagi memenuhi aspirasi negara.
Meluaskan dan memantapkan penguasaan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai aktiviti kokurikulum dan sukan.
Memantapkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif dalam kalangan murid melalui aktiviti pengurusan persatuan/kelab/badan beruniform, dan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum serta pertandingan di pelbagai peringkat.
Memupuk dan menyuburkan kemahiran insaniah dalam diri pelajar agar mampu menjadi modal insan cemerlang dan berketerampilan dalam masyarakat.
Membina dan mengukuhkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan murid agar menjadi pemimpin yang berwibawa dalam aktiviti kokurikulum.
Meningkatkan kemahiran berbahasa murid dalam Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
Memperkembang potensi dan bakat murid ke arah peningkatan pencapaian kokurikulum dan sukan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Meningkatkan kualiti pengurusan kokurikulum dalam aspek pematuhan ketetapan, perubahan positif dan keselarasan dalam pelaksanaan kokurikulum sekolah seiring perkembangan semasa.
Memantapkan pengurusan unit kokurikulum bagi memastikan penglibatan murid secara menyeluruh dan pengukuhan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah.
Melahirkan murid bersahsiah tinggi, berakhlak mulia, beretika, dan patuh kepada ajaran agama Islam.
Mewujudkan dan meningkatkan kesedaran untuk menghayati budaya bangsa dan agama Islam dalam kalangan murid dan guru.
Memantapkan jati diri dan semangat patriotik dalam jiwa murid dan guru.
ABU BAKAR
UMAR
UTHMAN
ALI