Sek Agama Men Tinggi Tengku Ampuan Rahimah
Sg Manggis, 42700, Banting, Selangor
Sg Manggis, 42700, Banting, Selangor
☎️ No Tel: 03-31872396 💻 bft1002@moe.edu.my
PN. NORAFIZAH BINTI AHMAD
Pengetua
SAMT Tengku Ampuan Rahimah
Sekapur Sirih Seulas Pinang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Segala pujian bagi Pencipta Alam Allah SWT dan selawat serta salam atas Junjungan Nabi Muhammad SAW kerana dengan izin-Nya LAMAN SESAWANG SAMT TENGKU AMPUAN RAHIMAH dapat dihasilkan. Sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua urus setia dan jawatankuasa pentadbiran yang telah berusaha dan bekerjasama dalam menghasilkan laman sesawang ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus mengorak langkah memantapkan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) tahun 2013 – 2025. Dalam usaha untuk menyediakan pendidikan bertaraf antarabangsa, KPM telah mengupayakan fungsi JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan pelbagai kemahiran guru dan keberhasilan murid. Apa yang diharapkan matlamat melalui Aspirasi Sistem dan Aspirasi Murid yang menjurus kepada kemenjadian individu murid dalam akademik, kemahiran dan sahsiah akan dicapai oleh semua warga sekolah.
Apa yang diharapkan melalui pelbagai transformasi pendidikan ialah keberhasilan. Justeru, semua pihak perlu berusaha untuk menambahkan ilmu dan pelbagai kemahiran. Natijahnya sikap negatif akan berubah menjadi positif dan proaktif. Ianya akan meningkatkan prestasi kerja dan keberhasilan di semua peringkat unit dan organisasi sekolah. Kerjasama antara guru, ibubapa dan sektor swasta juga perlu dijayakan dengan lebih aktif dan meluas. Natijahnya sekolah mampu melahirkan pemimpin guru dan murid yang cemerlang dan bersahsiah unggul di masa hadapan.
Saya berharap semua warga sekolah menjadikan laman sesawang ini sebagai rujukan utama untuk mengenali SAMTTAR dengan lebih dekat lagi. Moga semua sumbangan dan usaha murni yang diberikan mendapat keredhaan dan keberkatkan daripada Allah S.W.T.