Membolehkan murid menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik bagi menyelesaikan masalah berkaitan ruang.
Membolehkan murid menghargai dan menghayati keindahan matematik dengan pelbagai bentuk yang terhasil daripada poligon.
Membolehkan murid membuat penaakulan, membuat perkaitan, membuat perwakilan, berkomunikasi dan menggunakan teknologi dalam menyelesaikan masalah berkaitan ruang.
6.1 Sudut
6.2 Garis Selari Dan Garis Serenjang
6.3 Perimeter dan Luas
6.4 Isi Padu Pepejal
6.5 Penyelesaian Masalah
6.1.1 Murid boleh mengenal dan menamakan sudut tegak, sudut tirus dan sudut cakah pada bentuk segi empat tepat, segi empat sama dan segi tiga.
6.2.1 Murid boleh mengenal dan menamakan garis selari dan garis serenjang.
6.2.2 Murid boleh melukis garis selari dan garis serenjang.
6.3.1 Murid boleh menentukan perimeter bagi bentuk poligon sehingga lapan sisi.
6.3.2 Murid boleh menentukan luas segi empat sama, segi empat tepat, segi tiga bersudut tegak, segi tiga sama sisi dan segi tiga sama kaki menggunakan petak segi empat sama 1 unit persegi dan rumus.
6.4.1 Menentukan isi padu kubus dan kuboid menggunakan kubus 1 unit padu dan rumus.
6.5.1 Menyelesaikan masalah melibatkan ruang.