Tujuan utama kursus ini adalah untuk:
Memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai budaya digital yang kian pesat berkembang dalam bidang pendidikan.
Menerapkan nilai inovasi dan etika digital agar pelajar mampu memanfaatkan teknologi dengan bijak, berhemah dan penuh tanggungjawab.
Membimbing pelajar menguasai kemahiran asas dalam pembelajaran digital, termasuk pengurusan pembelajaran atas talian, penggunaan aplikasi pendidikan, serta amalan etika dalam penggunaan teknologi.
Kursus ini memberi pengenalan kepada konsep pembelajaran digital yang relevan dalam dunia pendidikan masa kini. Ia membolehkan pelajar memahami asas penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran. Fokus turut diberikan kepada peranan pelajar dan guru dalam era digital. Pelajar digalakkan menjadi pengguna teknologi yang aktif dan bertanggungjawab, manakala guru berperanan sebagai pemudah cara yang memanfaatkan sumber digital secara efektif.
Kursus ini juga meneroka teknologi dan sumber digital untuk menjayakan aktiviti pembelajaran bermakna, serta menggalakkan penggunaan pengurusan pembelajaran dalam talian melalui platform seperti Google Classroom dan lain-lain. Selain itu, pelajar akan diperkenalkan kepada pemikiran komputasional, iaitu kaedah menyelesaikan masalah secara logik dan sistematik. Kursus ini juga menekankan aspek kewarganegaraan digital yang merangkumi etika, keselamatan dan tanggungjawab dalam dunia digital.
Akhirnya, pelajar akan menguasai cara memanfaatkan teknologi dan sumber digital secara bermakna, selaras dengan keperluan pendidikan abad ke-21.
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
Menerangkan konsep teknologi dan sumber digital serta peranan guru dan pelajar berkaitan pembelajaran bermakna.
Mengaplikasi teknologi dan sumber digital untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran bermakna.
Merumus pola data untuk menyelesaikan isu kewarganegaraan digital dalam konteks pembelajaran bermakna.
MAKLUMAT KURSUS
ARAHAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN