Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang.
TERDAPAT DUA JENIS CORAK:
Corak terancang
Corak tidak terancang
Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.
JENIS SUSUNAN DALAM CORAK TERANCANG
Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya.
1. Rupa atau bentuk daripada alam ciptaan Ilahi
2. Rupa atau bentuk asas seperti persegi, bulat, bujur, segitiga dan rupa geometri yang lain.
3. Rupa atau bentuk dari bahan buatan manusia
4. Rupa atau bentuk angka dan huruf
5. Rupa atau bentuk kraf tradisional.
1. Perlakuan
a) Memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu.
b) Mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas.
c) Menyesuaikan jenis garisan dalam menghasilkan sesuatu ciptaan.
d) Memilih&mendapatkan benda-benda utk dijadikan bahan bagi menghasilkan gubahan seni.
e) Melukis mengikut sifat semulajadi sesuatu benda.
f) Memilih jenis bahan yang diperlukan dalam sebarang kegiatan pendidikan seni.
g) Mengolah, mengubahsuai dan menggunakan bahan.
h) Mengenal unsur corak yang terdapat di persekitaran.
i) Membezakan jenis corak tertentu.
j) Menggunakan beraneka jenis bahan dan alat untuk membuat corak.
k) Mengatur corak.
l) Mencipta sesuatu karya seni yang digemari.
m) Membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak.
n) Mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya koordinasi mata dan tangan yang baik untuk menghasilkan karya seni.
o) Melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secara terperinci terhadap ciptaan tersebut.
2. Persepsi
a) Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan, kepelbagaian, kesatuan, dan kontras dalam penghasilan corak.
b) Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan.
c) Memahami dan menyedari corak di alam sekitar.
d) Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak.
e) Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian.
f) Menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak.
g) Memperkukuhkan cita rasa terhadap unsur-unsur seni dalam rekaan yang baik.
h) Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan.
i) Menyedari adanya pelbagai jalinan dalam membuat corak.
j) Menyedari adanya perkaitan antara warna dan rekaan corak.
k) Merujuk alam semulajadi sebagai sumber idea.
l) Menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan kaitannya dengan kehidupan mereka.
m) Menyedari pertalian ciri-ciri seni yang terdapat dalam alam sekitar dan menghasilkan karya yang berharmoni dan bermakna.
n) Memberikan pertimbangan estetika terhadap karya seni.
3. Pengetahuan Budaya
a) Mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah.
b) Mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraf tradisional.
c) Mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsur tradisional pada alat kegunaan harian.
d) Mengenal dan membuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf tradisional.
e) Menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.