Guru menayangkan satu video berkaitan dengan tema (Ayahku) menggunakan projektor.
Guru meminta murid menumpukan perhatian dan memahami jalan cerita video yang ditayangan.
Guru mengajukan soalan berkaitan video yang ditayangkan kepada murid.
Guru meminta murid menulis sepotong ayat tanda kasih kasih kepada ayah mereka di atas sekeping kertas.
Murid diberi masa 2 minit untuk menulis dan melipat kertas tersebut untuk memulakan pembelajaran.Â
Pautan Youtube : Ayahku
Guru menayangkan klip video yang menceritakan tentang pengorbanan seorang ayah.
Murid perlu menghayati dan memahami jalan cerita tersebut.
Guru membuat kesimpulan ringkas tentang jalan ceritanya.
Berdasarkan video yang ditayangkan tadi, apakah pesanan yang hendak kamu sampaikan kepada ayah kamu?
Adakah kamu sayang kepada ayah?
Murid perlu menulis satu ayat yang ingin disampaikan kepada bapa mereka di atas sekeping kertas
Kertas tersebut perlu dilipat dan disimpan untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran seterusnya