MPU 2222 ENGLISH FOR COMMUNICATION
The course helps to develop communication skills in English through practical activities, to assist students to use the language effectively in various situations, to converse and to conduct oral presentations in English. Role playing, group work and discussions will have a strong focus to ensure a high quality of speaking activities. In addition, vocabulary and grammar exercises will be included as required. This course will encourage and motivate students to communicate orally in English with confidence, using active class participation.
MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada asas etika (moral), teori-teori etika, nilai etika profesional, etika kerja, obligasi memberikan perkhidmatan, obligasi terhadap klien dan pihak ketiga serta tanggungjawab sebagai pekerja, pengurus, perunding dan pemimpin.
MPU 2312 PENGAJIAN ISLAM
Kursus ini disediakan untuk melahirkan pelajar yang memahami konsep Islam (Tasawwur) sebagai salah satu cara yang bersepadu dan seimbang dalam menghubungkaitkan dengan akidah, ibadah, akhlak serta syariah dalam kehidupan seharian. Kursus ini juga membincangkan institusi-institusi Islam yang memainkan peranan dalam membina masyarakat serta mengatasi isu dan cabaran masa kini.
MPU 2322 PENGAJIAN MORAL
Kursus ini menerangkan tentang pelajar didedahkan dengan cabaran – cabaran dalam pengamalan nilai moral agar dapat mengadaptasi pemikiran moral dengan cara yang betul dan juga dapat mengamalkan nilai moral dalam kehidupan seharian mereka.
MPU 2412 KHIDMAT KOMUNITI
Kursus ini bertujuan melahirkan moral insan yang dapat berfungsi pada tahap yang terbaik sebagai seorang individu dan juga ahli kumpulan serta memberikan kefahaman dan penghayatan dalam melaksanakan projek keterlibatan komuniti. Kursus ini juga membincangkan konsep projek keterlibatan komuniti, penyediaan kertas cadangan, Standard Operation Procedure (SOP) (Pra-pelaksanaan projek) dan pelaporan projek yang berkesan. Pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan dalam bentuk kuliah interakti, diskusi kumpulan, pembelajaran berasaskan pengalaman melalui aktiviti kumpulan dan semangat sukarelawan. Pada akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat mengamalkan kemahiran komunikasi, kepimpinan dan tanggungjawab social serta kerja kumpulan.
MPU 2172 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
Kursus ini adalah menerangkan tentang konsep etika daripada perspektif peradaban yang berbeza. Ia bertujuan bagi mengenal pasti sistem, tahap perkembangan, kemajuan dan kebudayaan sesuatu bangsa dalam mengukuhkan kesepaduan sosial. Selain itu, perbincangan berkaitan isu-isu kontemporari dalam aspek ekonomi, politik, sosial, budaya dan alam sekitar daripada perspektif etika dan peradaban dapat melahirkan pelajar yang bermoral dan profesional. Penerapan amalan pendidikan berimpak tinggi (HIEPs) yang bersesuaian digunakan dalam penyampaian kursus ini. Di hujung kursus ini, pelajar akan dapat menghubungkaitkan etika dan kewarganegaraan berminda sivik.