Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Reka Cipta diwajibkan untuk melaksanakan kerja kursus sebagai satu daripada keperluan pensijilan peperiksaan SPM. Calon perlu mengemukakan evidence kerja kursus iaitu Artifak (Produk) dan Folio (Pendokumentasian) dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Kaedah pentaksiran dilaksanakan secara internal oleh pentaksir yang dilantik oleh sekolah dan dipantau oleh pemantau. Penyelaras akan hadir ke sekolah untuk menyelaras markah yang diberi oleh pentaksir.
Kaedah pentaksiran dilakukan berdasarkan dua elemen iaitu komunikasi (pendokumentasian folio) dan amali (penghasilan artifak). Kaedah ini mengukur tahap pencapaian pelajar dalam setiap aspek mengikut konstruk yang telah ditetapkan.
Manual pentaksiran kerja kursus (MPKK) ini disusun untuk digunakan oleh guru Reka Cipta dalam proses melaksanakan kerja kursus. Kerja kursus ini dilaksanakan dalam tempoh satu tahun (bermula April di Tingkatan 4 hingga Mac di Tingkatan 5).