NILAM JOHOR (MNJ)
PAUTAN
MODUL NILAM JOHOR
Cara Login NILAM Johor
Untuk login portal NILAM Johor ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
Layari laman web NILAM Johor iaitu https://nilamjohor.edu.my/
Masukkan ID delima murid.
Sebagai contoh ID DELIMa: m-12673482@moe-dl.edu.my, maka hanya masukkan m-12673482 dan masukkan kata laluan (default): abcd@1234
Adalah digalakkan agar ID dan kata laluan ini tidak diubah bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Cara Merekod Bacaan
Untuk merekod bacaan pula boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
Pergi ke menu utama dan klik bahagian ‘Aktiviti Bacaan.’
Klik butang ‘Tambah Aktiviti Bacaan’ untuk merekod bacaan yang telah dibaca.
Pilih ‘Klasifikasi Bahan Bacaan.’
Isi maklumat bahan bacaan seperti judul, sinopsis, pengarang, penerbit, tahun terbit dan tarikh bacaan.
Klik butang ‘Simpan’ setelah selesai.
Rekod maklumat yang telah berjaya disimpan boleh dipadam oleh guru kelas dan atau Admin sekolah sahaja.
MAKLUMAT NILAM